Tumgik
#ummimhd
rubiatuladdawiyah · 3 years
Photo
Tumblr media
Murahnya air mataku saat dapat mengunyah buah ini.
.
Ada teman-teman dan ahli keluargaku yang sudah hilang deria bau dan rasanya. Nak makan pun tak lalu! Sebak mengenangkan kepayahan mereka yang sekasut denganku.
.
Pada setiap gigitan buah mangga ini, ada rasa tawar, manis dan kelat dalam satu masa. Nikmatnya!
.
Rasanya sama seperti kisah suami-isteri.
.
Ada tawar-kelat-manis, bercampur baur sepanjang perhubungan.
.
Bila seorang cedera, seorang lagi tolong balut lukanya, jagakan dia sampai sembuh. Bila seorang jatuh, yang seorang lagi bantu hulurkan tangan supaya dapat dipimpin semula.
.
Bila seorang bersedih, seorang lagi jalankan tugasnya menggembirakan pasangannya. Bila seorang mula lewa, seorang lagi mula sedarkannya. Bila bergembira, sama-sama turut berbahagia.
.
Tambah manis hubungan bila sama-sama berebut kejar pahala menggembirakan pasangan.
.
Lumrahlah jika ada pelbagai rasa dalam sesebuah tempoh perhubungan. Itulah caranya nak memahami personaliti pasangan.
.
Kalau tak gaduh-mesra-manja macam mana nak tahu tahap sabar dan melatah pasangan? Masa ni la nak tengok bagaimana ‘hijaunya’ pasangan. Eh!
.
Bila tak berborak dan berbincang, mana nak tahu hati dan fikiran pasangan. Komunikasi dua hala tu sangat penting. Pasangan yang halal inilah yang sepatutnya tak ada jarak komunikasi. Jadi tempat tumpuan dan tempat meleraikan kekusutan.
.
Kadang-kadang, kulitnya nampak buruk di luar, tetapi sebenarnya, bila dikupas, molek saja buah di dalam.
.
Kalau kita tak kupas, tak belek betul-betul, boleh jadi terbuang macam tu saja dek kerana rupa luarannya.
.
Macam tu juga nak kenali hati dan budi pasangan. Kena hati-hati nak menjaganya. Dibaja, disiram, dibalut. Nanti InsyaAllah moleklah isi di dalamnya.
.
Kerana mangga masak ranum ini, aku tahu Allah sedang mendidik hati seorang isteri.
.
Di sebalik setiap potongan buah mangga ini, ada pahala mengalir deras buatnya kerana berusaha menjaga kebajikanku ketika ini.
.
#UmmiMHD, Menadah hikmah demi hikmah ❤️
0 notes