Tumgik
Text
Presiden Filipina minta bantuan Menteri Malaysia hantar pulang rakyatnya
Tumblr media
MANILA: Walaupun terpalit kontroversi tuntutan Filipina ke atas Sabah, Presidennya, Rodrigo Duterte, merayu supaya Malaysia bertimbang rasa dan membantu menghantar pulang rakyatnya yang berada di kawasan dipertikaikan itu. "Isu ini menimbulkan kontroversi besar antara kedua-dua kerajaan dan kami merayu Malaysia mempunyai sifat kemanusiaan bagi membantu rakyat Filipina di sana. "Kami akan melakukan perkara sama kepada penduduk Malaysia sekiranya terjadi keadaan seperti ini," katanya dalam Mesyuarat Kabinet yang disiarkan di televisyen semalam. Dalam mesyuarat itu, Setiausaha Pertahanan, Delfin Lorenzana, berkata 3,000 rakyat Filipina di Sabah sedang menunggu proses penghantaran pulang manakala 2,000 orang lagi sudah kembali ke negara itu. Sebagai rekod, bulan lalu Malaysia sudah mengeluarkan kenyataan lisan menolak sebarang tuntutan Filipina ke atas Sabah. Ia susulan tindakan Setiausaha Hal Ehwal Luar Filipina, Teodoro Locsin Jr, menulis komen pada ciapan melalui Twitter Kedutaan Amerika Syarikat (AS) di Filipina menyatakan 'Sabah bukan berada dalam wilayah Malaysia'. Menteri Luar Malaysia, Datuk Seri Hishammuddin Hussein, dalam reaksinya kepada kenyataan itu, berkata kenyataan Locsin adalah tidak bertanggungjawab dan boleh menjejaskan hubungan kedua-dua negara. - AGENSI Read the full article
0 notes
Text
Jumlah kes Covid keseluruhan cecah 10,000 Di Malaysia
Tumblr media
Kuala Lumpur: Jangkitan baharu Covid-19 dalam negara terus meningkat dengan 62 kes direkodkan, hari ini menjadikan sejumlah 668 kes aktif. Angka terkini itu menyebabkan jumlah keseluruhan kes akibat wabak berkenaan mencecah 10,031 kes. Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, sebanyak 61 daripada 62 kes itu adalah penularan tempatan, manakala satu kes import dari India yang membabitkan warganegara. "Bagi penularan tempatan, 59 kes dilaporkan di Sabah iaitu 48 kes babit Kluster Benteng LD, empat kes saringan petugas kesihatan di Hospital Lahad Datu, tiga kes saringan di Pintu Masuk Antarabangsa (PMA) dari Semenanjung Malaysia, dua kes saringan di Klinik Kesihatan Lahad Datu dan masing-masing satu kes daripada Kluster Pulau serta saringan di Penjara Sandakan. "Dua lagi kes tempatan direkodkan di Kedah membabitkan Kluster Sungai dan satu kes saringan kontak rapat kepada kes ke-9,397 serta kes ke-9,459 yang juga ahli keluarga kepada mereka di Pulau Pinang," katanya dalam kenyataan, hari ini. Dr Noor Hisham berkata, terdapat 15 kes positif Covid-19 sedang dirawat di unit rawatan rapi (ICU) dengan tiga kes memerlukan bantuan pernafasan. "Sebanyak 26 kes dilaporkan pulih, hari ini menjadikan jumlah kumulatif kes pulih sepenuhnya adalah sebanyak 9,235 kes atau 92.1 peratus daripada jumlah keseluruhan kes. "Tiada pertambahan kes kematian yang menjadikan jumlah kumulatif kematian kekal sebanyak 128 kes," katanya. Read the full article
0 notes
Text
Kluster Benteng Lahad Datu catat 48 kes baru : Covid-19
Tumblr media
KUALA LUMPUR: Kluster Benteng LD mencatatkan 48 kes baharu hari ini, menjadikan jumlah keseluruhan kes positif bagi kluster itu meningkat kepada 472 kes. Ia adalah sebahagian daripada 62 kes baharu yang dilaporkan di seluruh negara sehingga jam 12 tengah hari tadi. Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah, berkata, sehingga tengah hari tadi, seramai 7,247 individu sudah disaring dalam kluster berkenaan termasuk 1,531 di Lahad Datu dan 5,716 di Tawau. Katanya, berdasarkan saringan itu, seramai 1,379 individu ialah banduan dan tahanan, yang mana 429 kes dikesan positif COVID-19 dan 1,156 individu ialah kakitangan Ibu Pejabat Daerah (IPD) Lahad Datu serta Penjara Tawau, dengan 10 kes dikesan positif. "Selain itu, saringan juga membabitkan 1,251 ahli keluarga kepada kakitangan, banduan dan tahanan (10 kes positif), 994 pegawai agensi kerajaan lain (tiada kes positif) dan 2,467 kontak sosial (23 kes positif)," katanya dalam kenyataan, hari ini. Read the full article
0 notes
Text
Tiga wanita asing Ditahan Didapati guna dokumen orang lain
Tumblr media
Pasir Mas: Tindakan berani tiga wanita warga Thailand mengemukakan kad pengenalan dan pasport tidak sah membawa padah apabila mereka ditahan selepas dipercayai berstatus pendatang asing tanpa izin (Pati). Pegawai Pemerintah Batalion 7 Pasukan Gerakan Am (PGA7), Superintendan Azhari Nusi berkata, dalam 7.30 malam tadi, anggota membuat rondaan di sekitar pangkalan haram Sotar, Bakong, di sini, sebelum ternampak dua wanita menaiki perahu menyeberangi Sungai Golok dari Thailand ke sempadan negara. Katanya, sebaik selepas menyeberangi sungai, kedua-dua wanita itu terus menaiki kereta Proton Wira berwarna merah yang sedia menunggu di tebing sungai dan dipandu seorang lagi wanita. "Anggota kemudian mengekori kereta terbabit serta menahan mereka yang berusia 23, 28 dan 31 tahun itu di Sekat Pintas, Gunchi, di sini dan meminta wanita terbabit mengemukakan kad pengenalan diri. "Sambil memberi reaksi agak terkejut, dua daripada tiga wanita itu menyerahkan kad pengenalan warganegara Malaysia serta lesen memandu manakala seorang lagi memberi pasport perjalanan dari Thailand. "Bagaimanapun, hasil siasatan mendapati kad pengenalan, pasport dan lesen memandu yang diserahkan itu bukan hak milik mereka," katanya. Azhari berkata, ketiga-tiga wanita terbabit ditahan manakala kenderaan dirampas dan dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Pasir Mas untuk tindakan dan siasatan lanjut. Read the full article
0 notes
Text
Menikah Dengan pokok
Tumblr media
London: Seorang ibu dua anak di United Kingdom mengejutkan dunia apabila berkahwin dengan pokok malah meraikan ulang tahun pertamanya dengan tumbuhan itu, bulan ini. Wanita itu sanggup meninggalkan teman lelaki di rumah semata-mata untuk meraikan ulang tahun pertama perkahwinannya dengan pokok berkenaan. Kate Cunningham, 38, menukar namanya kepada Elder apabila dia 'bersatu' dengan pokok tertua di Rimrose Valley Country Park di Sefton, Merseyside pada September tahun lalu. Bekas guru itu berkata, mengahwini pokok itu adalah keputusan terbaik dalam hidupnya biarpun seorang daripada anaknya berusia 15 tahun malu dengan tindakannya. "Pokok ini akan tetap menjadi keutamaan saya. Pokok membuatkan kita tetap hidup. "Ia membuatkan saya rasa lebih yakin dengan diri sendiri. Saya tak peduli apa orang lain hendak kata. "Berkahwin dengan pokok memberikan saya tujuan baharu," katanya seperti dipetik dalam portal Daily Mirror. Katanya, dia mendapat inspirasi berkahwin dengan pokok selepas mencontohi tindakan seorang aktivis wanita di Mexico untuk meningkatkan kesedaran masyarakat tentang pembalakan dan pembukaan tanah haram. "Saya berharap taktik sama akan menyelamatkan Rimrose Valley Country Park diubah menjadi lebuh raya," katanya. Read the full article
0 notes
Text
Bekas penasihat SPRM gesa pengundi Sabah pilih calon bebas Dari isu skandal
Tumblr media
KUALA LUMPUR: Seorang bekas penasihat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia menggesa pengundi Sabah memilih calon “bebas skandal” pada Pilihan Raya Negeri 26 Sept ini. Robert Phang, yang pernah berkhidmat dengan Lembaga Penasihat SPRM, berkata beliau simpati dengan pengundi Sabah kerana parti politik di kedua-dua pihak mencalonkan individu yang sedang menghadapi pertuduhan jenayah. “Mana-mana orang biasa yang berfikiran wajar akan merasakan ‘lucu’ kerana individu yang menghadapi perbicaraan boleh dipilih untuk bertanding dalam pilihan raya,” kata aktivis sosial itu. “Adakah Sabah amat kekurangan bakat sehingga tiada calon lain? Pengundi perlu menghalang calon sedemikian dengan tidak mengundi mereka tanpa mengira parti mana yang mereka wakili.” Parti politik daripada kedua-dua pihak memilih beberapa calon yang sedang menghadapi perbicaraan rasuah. Phang turut bimbang dengan politik wang dan menggesa pihak berkuasa memantaunya sepanjang kempen pilihan raya. “Parti juga patut bertanding dengan beretika dan tidak menggunakan tempoh berkempen sebagai pelindung untuk membuat dakwaan tidak berasas. “Tidak kira siapa anda atau siapa lawan anda, jika anda mempunyai bukti sebarang salah laku, laporkan kepada pihak berkuasa.” Beliau mengulas dakwaan Presiden Warisan, Shafie Apdal terhadap bekas ketua menteri Sabah, Musa Aman dan adiknya, Anifah. Read the full article
0 notes
Text
Filipina mengesahkan buka semula Biro Borneo Utara : Teodoro Locsin
Tumblr media
PETALING JAYA: Filipina semalam mengesahkan ia akan membuka semula Biro Borneo Utara “selepas menyedari seluruh dunia lupa tuntutan Sabah kami”. Portal berita Filipina, Inquirer.net melaporkan Setiausaha Hal Ehwal Luar, Teodoro Locsin Jr membuat pengumuman itu ketika pendengaran jawatankuasa mengenai pengasingan bajet yang dicadangkan untuk Jabatan Hal Ehwal Luar (DFA). Locsin dipetik sebagai berkata, “kami tidak lupa” dan “ia membabitkan maruah kami”. “Ketika kami berusaha melindungi perairan kami, kami tidak lupa wilayah daratan kami. Dalam usaha mendapatkan apa yang menjadi milik kami, saya memutuskan untuk menghidupkan semula Biro Borneo Utara selepas menyedari seluruh dunia lupa tuntutan Sabah kami, dengan kasual menyebutnya wilayah negara lain. Tetapi, kami tidak lupa. “Ini satu daripada beberapa perselisihan antarabangsa yang kami boleh lakukan demi kepentingan terbaik kami tanpa sebarang risiko kerugian kepada negara kami. Ia membabitkan maruah kami. “Sekarang, kami akan menghidupkan semula biro itu dan memastikan tiada sesiapa dibenar mempertikaikan tuntutan itu tanpa tentangan daripada kami.” Malaysia dilaporkan berkata, ia tidak mengiktiraf dan tidak akan melayan sebarang tuntutan mana-mana pihak ke atas Sabah. Julai lalu, Locsin mendakwa Sabah “bukan dalam Malaysia” dan calon presiden Filipina menawarkan rasuah “besar” kepada pegawai selama bertahun-tahun untuk menggugurkan tuntutan mereka ke atas Sabah. Read the full article
0 notes
Text
Shafie Beri Semangat Perjuangan Di Hati Rakyat Untuk Pertahankan Sabah
Tumblr media
TAWAU: Kempen selama tiga hari Datuk Seri Panglima Haji Mohd Shafie Apdal di pantai timur sebaik sahaja proses penamaan calon tamat menyaksikan Warisan Plus mendapat sokongan padu daripada rakyat. Mohd. Shafie ternyata seorang pemimpin yang mendapat kepercayaan untuk mengetuai penyatuan rakyat Sabah dalam memastikan Sabah tidak lagi dibuli oleh pemimpin Malaya daripada parti Malaya. Sebagai parti berbilang kaum, Warisan sedang membina momentum kuat menjelang hari mengundi pada 26 September depan. Di setiap tempat persinggahan beliau iaitu Semporna, Lahad Datu, Kunak dan Tawau, Mohd. Shafie membawa mesej penyatuan rakyat Sabah untuk bangkit mempertahankan hak-hak Sabah yang dicuri, dirampas dan dinikmati oleh kroni pemimpin terdahulu. “Maruah rakyat Sabah bukan bernilai RM200 yang kalau diberikan kita terus menyokong parti Kuala Lumpur, nilai kita lebih besar daripada itu. “Mereka sudah terlalu lama memerintah sehingga habis hasil bumi Sabah dirampas tetapi rakyat Sabah masih yang termiskin, jadi ingatlah jangan letakkan masa depan kita di tangan Kuala Lumpur, bukan Kuala Lumpur yang menentukan hak kita tetapi Sabahan sendiri yang tentukan,” katanya di setiap ucapan beliau. Setiap persinggahan Mohd. Shafie, orang ramai yang hadir yang mendengar amanat beliau tidak kira daripada bangsa Bajau, Bugis atau Cina terpesona dengan kata-kata pemimpin itu. Read the full article
0 notes
Text
Logo Parti Warisan Dirosakkan Guna Kayu Besbol
Tumblr media
KOTA KINABALU: Replika Logo Parti Warisan Sabah (Warisan) yang dipasang di bulatan Jalan PPNS 1 dipecahkan individu tidak bertanggungjawab kira-kira pukul 1.15 pagi tadi. Perbuatan tersebut disedari pengawal di bangunan Pusat Pentadbiran Negeri Sabah (PPNS) yang cuba mengejar suspek, namun gagal. Perbuatan suspek yang menggunakan jaket berwarna hitam dan menaiki motokar berwarna putih bagaimanapun berjaya dirakam oleh pengawal berkenaan. Turut ditemukan ialah serpihan kayu pemukul besbol yang dipercayai digunakan oleh suspek. Logo berkenaan dipasang penyokong Warisan Sabtu lalu selepas hari penamaan calon Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah sebagai salah satu cara memeriahkan kempen. Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu, Asisten Komisioner Habibi Majinji ketika dihubungi berkata, pihaknya masih belum menerima laporan tentang kejadian tersebut. Read the full article
0 notes
Text
Rakyat Sabah Harus Tolak Budaya Politik Wang : Shafie Apdal
Tumblr media
TAWAU: Presiden Parti Warisan Sabah (Warisan) Datuk Seri Mohd Shafie Apdal mengajak pengundi Sabah menghentikan kuasa politik wang pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah ke-16 ini. Mohd Shafie berkata pilihan raya adalah platform untuk rakyat menentukan kerajaan dipilih dengan menggunakan hak mengundi dan membuang budaya politik wang. “Pengundi tidak akan kaya dengan duit diberi RM200 atau RM300, tidak mampu beli kereta, tidak cukup bina banglo, pengundi ada maruah dan penentu masa depan anak-anak Sabah,” katanya pada majlis bersama calon-calon Warisan bertemu rakyat di sini hari ini. Menurutnya, undi adalah hak rakyat dan undi tidak seharusnya dijual. “Undi kamu punya, tangan kamu yang mengundi, jangan jual undi,” katanya. Menurut Mohd Shafie, PRN ini cukup penting untuk rakyat menentukan masa depan Sabah. Pada PRN ini, Mohd Shafie menghadapi pertandingan lima penjuru dalam mempertahankan kerusi DUN Senallang.- BERNAMA Read the full article
0 notes
Text
Kalau Tidak Mahu Runding, Sila Hantar Satu Batalion Ke Sabah – Shafie
KOTA MARUDU: ‘Kalau tidak mahu runding tidak apa, hantar satu batalion ke Sabah seperti dijanjikan’. Demikian kata Datuk Seri Panglima Mohd Shafie Apdal berhubung kenyataan bekas Perdana Menteri Datuk Seri Mohd Najib Razak yang mengatakan beliau (Shafie) seolah-olah mengiktiraf tuntutan dibuat oleh Filipina. Ketua Menteri Sementara ini berkata, penghantaran satu batalion tambahan itu sebagai langkah mempertingkatkan sistem keselamatan di Sabah. Katanya, sekiranya kerajaan persekutuan tidak mahu berunding dengan kerajaan Filipina bagi menghentikan tuntutan Filipina terhadap Sabah, tidak apa. “Jangan runding tapi pertingkatkan pertahanan dan sistem keselamatan di Sabah. Jangan janji ada batalion, ada bot tapi tiada diesel. “Orang kita asyik kena lanun (culik), pertingkatkan keselamatan bagi membantu kita menjaga keselamatan dan kedaulatan negara. Jangan hanya pandai cakap. “Minta (Filipina) supaya wujudkan konsul jeneral mereka di Sabah,” katanya ketika ditemui selepas Majlis Bersama Rakyat Kota Marudu, Di Dewan SDA Goshen, di sini hari ini. Mohd Shafie berkata, Sabah adalah sebahagian daripada Malaysia dan bukan milik mana-mana negara lain. Maka, Kerajaan Pusat perlu pertahankan Sabah sebagai sebahagian daripada wilayah Malaysia. “Mana mungkin setiap tahun kita kena lanun, mana mungkin orang kita asyik kena culik, kena bunuh. “Insiden Tanduo satu contoh bagaimana kita pertahankan keselamatan negara. Mereka boleh cakap dan janji mahu hantar satu batalion. Read the full article
0 notes
Text
Pelajar Malaysia kini sudah boleh ke luar negara tanpa kelulusan Jabatan Imigresen : PKPP
Tumblr media
PUTRAJAYA: Kerajaan memutuskan agar pelajar yang perlu ke luar negara untuk menyambung pelajaran atau mendaftar sebagai pelajar baharu, kini tidak lagi memerlukan kelulusan permohonan Jabatan Imigresen Malaysia.Menteri Kanan Pertahanan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, sebaliknya, golongan itu hanya perlu menunjukkan surat tawaran institusi berkenaan, atau kad pelajar sedia ada."Kita dimaklumkan, Jabatan Imigresen telah membenarkan pelajar yang perlu ke luar negara untuk menyambung pelajaran, atau mendaftar sebagai pelajar baharu terus boleh keluar negara tanpa perlu memohon kelulusan daripada Jabatan Imigresen."Bagaimanapun, mereka perlu menunjukkan bukti sewaktu diperiksa oleh Jabatan Imigresen. Kepada pelajar baharu, tunjukkan surat tawaran daripada universiti yang berkaitan. Bagi pelajar yang hendak menyambung pengajian ke luar negara, tunjukkan kad pelajar saja," katanya lagi. Selain itu, Ismail Sabri berkata, ibu bapa atau keluarga yang ingin mengiringi pelajar terbabit juga turut dibenarkan, tetapi jumlahnya dihadkan kepada dua orang sahaja.Dalam pada itu, beliau berkata, sejak 24 Julai hingga 14 September, 2020, seramai 29,054 individu telah pulang ke tanah air melalui pintu sempadan antarabangsa.Daripada jumlah berkenaan, 10,414 individu sedang menjalani kuarantin wajib di 75 hotel dan 8 premis lain termasuk Institut Latihan Awam (ILA) serta Institusi Pengajian Swasta."71 Read the full article
0 notes
Text
Kluster baharu dikesan di Sabah, 9 kes positif - Dr Noor Hisham : Covid-19
Tumblr media
PUTRAJAYA : Satu lagi kluster baharu dikesan iaitu Kluster Pulau di Kunak, Sabah dengan sembilan kes positif dicatatkan setakat ini, kata Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah.Katanya, kluster itu dikesan daripada kes indeks kluster (kes ke-9,940) iaitu seorang wanita tempatan berusia 68 tahun di daerah itu."Dia ditemui tidak sedarkan diri di rumah dan dibawa ke Hospital Kunak sebelum dirujuk ke Hospital Tawau bagi rawatan serangan jantung, strok dan penyakit hati."Ujian saringan COVID-19 kemudian didapati positif pada 13 September. Dia kini dirawat unit rawatan rapi (ICU) dan memerlukan bantuan pernafasan," katanya.Dr Noor Hisham berkata, hasil saringan kontak rapat dan pengesanan kes secara aktif mendapati lapan lagi kes positif dikesan pada Selasa membabitkan ahli keluarga wanita itu.Beliau berkata, sehingga kini, 128 individu telah disaring dalam Kluster Pulau yang terdiri daripada 109 warganegara dan 19 bukan warganegara.Katanya, lapan daripada mereka disahkan negatif manakala 101 individu lagi masih menunggu keputusan."Langkah pencegahan penularan jangkitan seperti proses nyah kuman dan pembersihan telah dijalankan di lokasi-lokasi yang dikenal pasti."Punca jangkitan masih di dalam siasatan dan aktiviti mengawal penularan jangkitan bagi kluster ini giat dijalankan di lapangan," katanya. Read the full article
0 notes
Text
Sila Buka Mata Dan Fikir Jika InginKan Perubahan – Shafie
Tumblr media
PITAS: Berada dalam senarai daerah paling miskin di Malaysia seharusnya membuka mata rakyat Pitas untuk berubah dengan menolak kepemimpin Barisan Nasional (BN) yang ternyata gagal membawa pembangunan. Presiden Parti Warisan Sabah (Warisan), Datuk Seri Panglima Mohd Shafie Apdal berkata, sudah lama mereka memerintah dan mentadbir Sabah dan Pitas tetapi, Pitas masih lagi jauh ketinggalan. “Kita tidak pernah sedar dan insaf, apabila diberi duit dibagi baju, kita ikut UMNO/BN namun, selepas pilihan raya kita masih susah. ”Sudah 60 tahun UMNO/BN memerintah Sabah tapi Pitas masih ketinggalan. Tiba masa untuk menyerahkan kuasa kepada orang Pitas yang mana, rakyatnya tergolong sebagai paling miskin mengikut laporan bank dunia pada 2010. “Sudah tiba masanya kita serahkan kuasa kepada orang Pitas untuk mementukan siapa YB mereka mahu. “Selagi tidak sedar, selagi itu rakyat Pitas akan terus berada dalam kemiskinan,” katanya ketika berucap dalam Majlis Bersama Rakyat DUN Pitas, di Dewan Majlis Daerah Pitas, hari ini. Mohd Shafie mahu menyerahkan kuasa kepada rakyat Pitas untuk memilih pemimpin yang mereka mahukan. “Siapa cakap kalau kita kerjasama dengan persekutuan, kita akan maju? Kita sudah bekerjasama selama 60 tahun, kita masih susah, di Pitas ini masih susah,” jelasnya. Tambahnya, sekarang ini, parti yang memerintah Sabah adalah parti tempatan bukannya parti Kuala Lumpur seperti Parti Pribumi Bersatu Sabah (BERSATU) dan UMNO. Read the full article
0 notes
Text
Sebanyak Enam Sekolah Tiga Daerah Di Sabah Terjejas Banjir Ditutup
Tumblr media
KOTA KINABALU: Sesi persekolahan di enam sekolah kebangsaan (SK) dibatalkan selepas sekolah terbabit terjejas banjir disebabkan hujan lebat yang melanda kebanyakan daerah di negeri ini sejak malam kelmarin. Pengarah Jabatan Pelajaran Negeri Sabah Dr Mistirine Radin berkata, antara sekolah yang ditutup termasuklah SK Pintas di Beaufort yang menempatkan seramai 174 murid dan 16 guru. “Sekolah yang turut mempunyai lapan murid pra sekolah itu ditutup berikutan kawasan dan laluan sekolah dinaiki air menyebabkan sekolah tidak dapat beroperasi seperti biasa. “SK Babagon Toku di sini turut ditutup disebabkan tanah runtuh di laluan sekolah dan tidak dapat dilalui, 102 murid termasuk 17 murid pra sekolah manakala 14 guru tidak dapat meneruskan pembelajaran,” katanya. Menurutnya, empat lagi sekolah di Papar turut ditutup berikutan kawasan serta laluan sekolah dinaiki air dan kesemua sekolah itu tidak dapat beroperasi. “Sekolah terbabit termasuklah SK Tampasak, SK Kaiduan, SK Pekan Kinarut dan Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) Kin Kiau Kinarut dengan jumlah guru 174 orang serta 2,551 murid dan 124 murid pra sekolah tidak dapat ke sekolah. “Ini menjumlahkan seramai 204 guru, 2,796 murid dan 149 murid pra sekolah di tujuh kelas terjejas banjir di Sabah,” katanya. Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran cuaca waspada dengan hujan lebat dijangka berlaku di beberapa tempat di Sarawak dan Sabah. Read the full article
0 notes
Text
Ketua UPKO Putatan akui pernah terima duit RM1 Juta daripada Najib
Tumblr media
KUALA LUMPUR - Mahkamah Tinggi di sini, yang mendengar kes perbicaraan bekas perdana menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkaitan penyelewengan dana SRC International Sdn Bhd pada 23 April 2019, saksi ke-15 yang merupakan Bendahari Agung Pertubuhan Pasokmomogun Kadazandusun Murut Bersatu (Upko) Putatan memberitahu mahkamah bahawa pihaknya juga telah menerima cek bernilai RM1 juta daripada Najib, iaitu pada Februari 2015. Datuk Seri Dr Markin @ Marcus Mojigoh, yang juga Ketua UPKO Putatan berkata, cek yang diterima itu adalah bagi menjalankan program parti termasuk pelbagai aktiviti kemasyarakatan di Sabah. "Sebelum ini, pihak kami telah mengadakan mesyuarat bersama BN (Barisan Nasional) untuk memohon bantuan dengan agenda membantu rakyat. "Pada masa itu, kita tiada sumber kewangan, jadi kami beritahu kepada Datuk Seri Najib yang kemudian memberikan sumbangan tersebut,” kata bekas Ahli Parlimen Putatan itu.  Muhammad Shafee: Adakah UPKO juga menggunakan dana itu mengadakan klinik perundangan secara percuma? Marcus: Ya ada, biro perundangan. Muhammad Shafee: Menolong untuk mendapatkan hak berkaitan tanah? Marcus: Ya betul. Muhammad Shafee: Dalam bidang Pendidikan juga? Marcus: Tak, tapi kami jalankan kursus keusahawanan kepada ibu tunggal. Muhammad Shafee: Najib setuju untuk beri dana tapi ada syarat? Marcus: Tiada syarat tapi kita senaraikan apa yang kita akan buat. Read the full article
0 notes
Text
Saraf Mata Boleh Rosak, Ini Dia Empat Kesan Penggunaan Gajet Ke Atas Mata Kanak-Kanak
Tumblr media
Penggunaan gajet di dalam tempoh yang lama boleh memberi kesan kepada saraf mata ataupun bebola mata. Selain itu, ianya akan turut membuatkan mata setiap individu menjadi lebih cepat kering selain mengganggu penglihatan. Anak-anak kecil yang sering didedahkan dengan penggunaan gajet seperti telefon pintar ataupun ‘tablet’ tanpa pengawasan akan mendapat kesan sampingan ini apabila umur mereka meningkat dewasa. Namun, tidak salah sekiranya mahu memberikan anak-anak menggunakan gajet tetapi tempoh penggunaannya perlu diawasi. Antara empat kesan penggunaan gajet ke atas mata kanak-kanak seperti yang dikongsikan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia adalah seperti berikut: 1) Penglihatan kabur Penurunan tahap penglihatan yang teruk akan menyebabkan sakit kepala dan penglihatan berganda. 2) Mata kering Kedudukan kanak-kanak semasa menggunakan alat peranti yang tidak sesuai akan menyebabkan masalah mata kering, mata penat dan kesakitan di bahu dan leher. 3) Kerosakan saraf mata akibat pendedahan terhadap cahaya biru dari skrin paparan gajet Jika sinar UV dapat ditapis oleh kornea dan kanta kristalin dalam mata cahaya biru berupaya menembusi sehingga ke peringkat saraf mata. 4) Peningkatan myopia (rabun jauh) Penggunaan gajet juga akan menyebabkan regangan bebola mata turut berlaku apabila proses akomodasi berlaku pada masa yang sama. Sumber: KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA Read the full article
0 notes