Tumgik
Text
kiranya kita bertemu lagi, bolehkah aku mengambil kesempatan itu? bersedia kah menjadi penutup dari segala hal yang menjadi tempat pulang ternyaman untukku?
7 notes · View notes
Text
Oh begini rupanya rasa jatuh cinta. Di usia yang bukan lagi muda bagi aku, pertama kali aku merasa perasaan ini.
Rupanya ianya bukan tentang rasa yang berbunga-bunga, tapi juga kebingungan.
Bingung harus bagaimana? Bingung adakah berdosa merasai perasaan ini kepada orang yang belum halal untuk aku. Bingung apa yang perlu aku lakukan ketika rindu terlalu mencengkam jiwa.
Terima kasih Tuhanku atas perasaan ini. Dapat juga aku merasakannya, namum tak pernah aku tahu bahawa perasaan. ini begitu menyeksakan bilamana hadirnya bukan pada waktu yang tepat, bukan kepada orang yang halal untuk aku.
Aku terseksa dengan perasaan ini duhai Tuhanku, tapi aku menyerahkan segalanya kepadaMu. Jauhkanlah aku dari rasa patah hati. Aku cuma ingin jatuh cinta kepada dia yang Engkau sememangnya ciptakan untuk aku. Cuma itu.
—NH
25032024;1517
Wakaf bharu
4 notes · View notes
Text
31122023~
Hari terakhir untuk tahun 2023. Penutup yang menyedihkan.
Kehilangan dan terus kehilangan.
Semoga kuat kaki melangkah walau dari penulisan ini terlihat tiada semangat untuk diteruskan lagi.
— NH
31122023;1944
Wakaf Bharu
0 notes
Text
"Satu-satunya yang dapat menerima kau apa adanya hanya Dia yang menciptakan kau"
— NH
281023;2010
Dengkil
0 notes
Text
Merasai kehilangan buat kesekian kalinya.Pertama kali aku merasai kehilangan adalah di waktu usiaku 10 tahun.
Mohd Syamil Mohd Basir. Meninggal kerana lemas. Semua memori masih terakam di mata. Memori terakhir sebelum kami berpisah buat selamanya, masih aku ingat dengan jelas.
Bahkan sehingga hari ini mutiara jernih pasti akan jatuh bilamana aku bercerita tentang kisahnya.
Damailah disana, semoga kita bertemu kembali di syurga Allah. Rindu aku takkan pernah pudar untukmu sahabat.
Bertahun berjalan sendiri, tanpa mempunyai sahabat yang mampu untuk tertawa bersama, menangis bersama.
Waktu berlajan sehinggalah hanya di universiti (2014), Tuhan menghadirkan satu sosok yang terbaik menurut aku.
Perkenalan yang aneh, tapi alhamdulillah sehingga sekarang kami bersahabat. Cuma sekarang, semuanya berbeza bilamana dia berkahwin.
Kerana hakikat seorang isteri perlulah mendahului suami dan keluarganya. Aku mengerti dan aku akui. Aku cuba memahami keadaannya.
Persahabatan kami tak pernah menjadi asing walau berbulan tidak berhubung. Cuma aku yang merasa bersalah untuk mengganggu waktunya.
Semoga selalu begini, sahabat terbaik.
Tahun ini aku merasai kehilangan lagi. Seorang sahabat yang aku kenali di tahun kedua aku bekerja. Entah bagaimana kami boleh menjadi akrab. Kemana-mana pasti bersama. Aku rindu, tapi biarlah rindu itu tersimpan rapi di dalam hati. Dia juga telah selamat melayani bahtera rumahtangga. Maka berjalanlah aku kembali sendirian.
Sunyi? Pasti. Ada waktu-waktu tertentu, pasti merasa sunyi.
Apalagi fitrah manusia itu berpasangan, berteman. Tapi harus bagaimana? Aku bukan seorang yang mudah berkawan dan terbuka dengan orang.
Takut? Di dunia sekarang yang semakin gila, dimana ada kes perempuan merogol lelaki. Apalagi sebaliknya, bukan?
Tapi aku selalu memulai langkah aku dengan bertawakkal kepadaNya. Takut, wallahi. Tapi kalau aku membiarkan rasa takut memeluk diriku, bagaimana untuk aku menjalani kehidupan ini? Sedangkan aku memang sendiri,berseorangan!
Tidak aku nafikan, bersendirian terkadang membuat aku tenang. Tapi tak mampu juga aku berbohong tentang rasa sunyi yang terkadang hadir menyinggah.
Aku selalu meminta Tuhan memeluk aku dengan kasih sayangNya, melemparkan rasa ikhlas dan redha ke dalam hati aku untuk menerima segala yang ditentukan.
Sakit? Pasti. Menangis? Sudah tentu. Kerana aku manusia yang diciptakan dengan pelbagai rasa.
Terkadang, ada waktu aku tersungkur jatuh menyembah bumi. Kaki seolah tak mampu lagi untuk berdiri, melangkah maju ke depan. Hati mulai merintih ingin pulang.
Tapi Tuhan berkata waktu aku belum tiba. Maka pilihan apa yang aku ada selain terus melangkah, walau hati tidak lagi ghairah untuk berjalan?
Manteraku?
Mengulangi ayat la yukallifullahu nafsan illa wus'aha, mengulangi surah al insyirah, meratib selawat sambil tangan diletakkan dada, mencoba memujuk hati yang mula memberontak. Berharap agar ia luluh ketika mendengarkan janji-janji Allah.
— NH
23082023;1409
Dengkil
1 note · View note
introvertswritingworld · 10 months
Text
Betapa terkadang aku berharap aku dapat bercerita semuanya dengan ibuku.
Tentang hari-hariku
Tentang jiwaku yang semakin robek
Tentang hati yang mulai lelah
Tentang kaki yang mulai longlai
Tentang semangat yang semakin hilang
Tapi takkan pernah aku sanggup melihat wajah tua itu berkerut
Khawatir tentang satu-satu anak perempuan yang ia miliki
Maka apa yang aku punya selain memilih memaksakan diri untuk sering kuat dan selalu tersenyum didepannya?
Mana mungkin aku memilih untuk membiarkan air mataku jatuh didepannya, suaraku bergetar menahan tangis ditelinganya?
Kuatlah sehingga Allah memanggilmu untuk pulang
Tersenyumlah agar deritamu tidak terpancar diwajahmu
Walau semuanya satu kebohongan, tapi setidaknya kepuraan itu membantumu duhai NH
— NH
11072023;0119
Dengkil
4 notes · View notes
introvertswritingworld · 11 months
Text
"Maaf. Aku salah menukarkan rasa kagum itu kepada rasa cinta"
— NH
22062023;2144
Tasik Putrajaya
3 notes · View notes
Text
"Tetaplah bercahaya walau duniamu sendiri gulita agar mereka sejahtera sentiasa"
— NH
30052023;1108
3 notes · View notes
Text
Paranoid
Bismillah.
Tuhanku, terima kasih kerana hari ini Kau menghadirkan rasa bahagia di dalam hati aku, sehinggakan membuat aku ceria dan tersenyum-senyum sendirian dari pagi.
Entah apa yang bahagia itu, aku juga tidak tahu. Tapi rasa itu sehingga sekarang belum menghilang.
Duhai Tuhanku, bukan aku ingin menjadi hamba yang tidak bersyukur. Tapi, paranoid sering menguasai diri ini setiap kali aku merasa terlebih bahagia dari hari-hari sebelumnya. Aku takut ya Allah.
— NH
28052023;2034
Dengkil
2 notes · View notes
Text
"Aku sakit. Dan aku lelah"
— NH
13052023;0034
Dengkil
3 notes · View notes
Text
Note 39
Aku tahu aku sedang tidak baik-baik saja bilamana mataku sering bergenang. Aku sedar ada yang masih belum dilepaskan sepenuhnya bilamana aku selalu mendoakan untuk kebaikan pada orang yang tidak aku kenali.
Ada sakit yang tersimpan, ada luka yang tersembunyi, ada harapan yang dibisikkan.
1630 update: masih terasa. dan susah untuk menghentikan ia dari jatuh ke pipi
2120 update: menangis lagi. di tasik dalam kereta. mata bengkak, merah. didatangi polis. polis nampak mata yang merah itu.
0030 09052023 update: masih lagi menangis. kerana rasa trauma itu. menangis kerana banyak persoalan dan menangis kerana trauma itu terkuak kembali
— NH
09052023;1222
Dengkil
1 note · View note
Text
Di keramaian aku merasa asing. Rindunya aku pada pakaian itu. Tapi hati masih belum bersih, akhlak masih bertatih, iman masih belum bagus. Semoga Allah membimbing kau NH
— NH
26042023;2228
Raya Keempat, Kutan
0 notes
Text
"Memori terindah juga menyakitkan. 19tahun masih utuh terpahat di hati. 19tahun yang berlalu dengan rindu yang masih mekar"
— NH
20042023;0125
0 notes
Text
Note 38
Terkadang bukan manusia yang mengecewakan kita, tetapi harapan kita. Terkadang bukan manusia yang menyakiti kita, tetapi trauma kita di waktu dulu.
Hidup ini tidak mudah dijalani bersama trauma yang menghantui. Di saat dirinya mula merasa nyaman, ketakutan menyerangnya kembali. Dan segala hal negatif dan sangka buruk mulai memenuhi isi kepalanya.
Sakit.
Orang kata trauma takkan pernah hilang atau sembuh. Lalu bagaimana dengan aku Tuhanku? Perlukah aku menjalani kehidupan aku dengan trauma itu sampai hembus nafasku yang terakhir? Lalu bagaimana aku akan membahagiakan orang-orang di sekitar aku, jika trauma itu selalu mengganggu kehidupanku?
Aku penat duhai Tuhanku. Tapi aku harus tetap melangkah sampai waktu, Kau panggil aku untuk pulang. Semoga langkah kaki ini selalu ditemani Engkau.
— NH
08042023;2052
Dengkil
1 note · View note
Text
Note 37
Tahun ni banyak yang Allah pinjamkan kembali pada aku hal-hal yang pernah Dia ambil dengan tiba-tiba.
Yep, 2 tahun aku kehilangan diri sendiri. Terpuruk sendiri dengan segala rasa yang tiada satu pun positif. Paling menyakitkan adalah di saat aku kehilangan diri sendiri, aku juga menjauh dari satu-satunya sahabat terbaik. Bukan keinginanku, tapi tidak juga aku mampu menolak kejadian itu.
Sudah-sudahlah bercerita tentang hal yang lalu walau sakit itu masih tersisa.
Coretan aku kali ini adalah melakarkan rasa syukur kerana tahun ini banyak sekali Allah kembalikan. Dia kembalikan aku dengan lebih membaik emosi dan jiwanya. Dia mengizinkan aku untuk kembali bercerita dan tertawa dengan sahabat terbaik aku. Dan di bulan Ramadhan ini, Dia mengembalikan aktiviti kesukaan aku, iaitu memasak.
Terima kasih ya Rabb!
Semoga sedikit demi sedikit, seorang NH pulih. Aku masih lagi mencari-cari diriku yang suka menulis. Karakter itu masih hilang, jauh tak kelihatan. Entah bila 'dia' akan kembali menyarung tubuh ini lagi. Aku tersiksa tanpa karakter itu. Kerana hanya dengan menulislah, seorang aku dapat melepaskan segala rasa yang ada di dalam hati.
Semoga Allah mengizinkan.
Aamiin!
— NH
30032023;2001
Dengkil
3 notes · View notes
Text
"Cemburu aku terhadap angin yang selalu mencumbui pipimu"
— NH
29032023;1758
Dengkil
1 note · View note
Text
Allah Tahu
Dunia ini tidak berputar hanya di sekeliling kita. Ingatlah di waktu kita merasa tersakiti, masih ada yang lebih tersakiti dari kita. Di saat kita merasa ujian kita paling berat, ingatlah bahawa masih ramai yang diuji lebih berat daripada kita.
La yukallifullahu nafsan illa wus'aha.
Sesungguhnya Allah itu tidak pernah zalim. Dia tidak membebani melebihi kemampuan kita. Dia lebih tahu kemampuan kita walaupun di saat itu kita menuturkan "Aku tak kuat ya Allah". Allah saja mempercayai dan yakin bahawa kita mampu, kenapa tidak kita?
Bertahanlah. Berhentilah sejenak ketika lelah, tapi jangan pernah berputus asa. Yakinlah bahawa segala kesakitan, kesulitan, kedukaan yang kita lalui, akan Allah gantikan dengan kebahagiaan yang tak mampu kita bayangkan.
Kita lelah. Kita sakit. Kita menangis. Kita terluka.
Allah tahu.
Dia tahu.
— NH
21032023;1317
CIMB Bangi
1 note · View note