Tumgik
#terimakasihpm
mknace · 4 years
Photo
Tumblr media
PERMOHONAN BANTUAN SEGERA PERUBATAN MAJLIS AGAMA ISLAM NEGERI JOHOR Bantuan segera perubatan ini adalah kepada mereka yang terjejas pendapatan serta bagi membantu meringankan beban orang awam susulan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP). Permohonan bantuan ini dikhususkan kepada bantuan perubatan yang memerlukan pembiayaan atau rawatan segera bagi menjaga Maqasid Syariah. Sumber : Majlis Agama Islam Negeri Johor #COVIDー19 #StayAtHome #KitaTeguhKitaMenang #KomunikasiKita #PRIHATIN #PrihatinRakyat #TerimaKasihPM #infoonwheels #iow #jabatanpenerangan #peneranganjohor #makmurjohor #pmrjohorbahru #jauharku https://www.instagram.com/p/B_30nJ_JHPm/?igshid=hmqdpplxclmz
0 notes
cybitmedia · 6 years
Video
Pesawah Nikmati Hasil GST Isu GST dimomokkan PH dan macai sebagai cukai yang menaikkan harga serta membebankan rakyat. Sedangkan, hasil kutipan GST dipulangkan kepada rakyat, termasuk pemberian subsidi dan insentif kepada golongan pesawah. #KekalBN #TerimakasihPM #BarisanProRakyat Penafian : https://goo.gl/m2H63G
0 notes
jeerie · 6 years
Photo
Tumblr media
Lepas IMF, Moody’s pula puji Semakin kuat Pakatan cuba memperlekeh kejayaan PM Najib Razak, semakin banyak testimoni yang menyokong usaha kerajaan menstabilkan ekonomi Malaysia. Terbaharu, Moody's Investors Service (Moody's) dalam laporannya berkata negara akan dapat mengekalkan trend pertumbuhan jangka panjang ekonomi berpotensi untuk terus teguh sekitar 5% - lebih kukuh berbanding negara lain yang diberi penarafan “A”. Dalam laporan “Government of Malaysia: FAQ On Credit Resilience to High Leverage and External Vulnerability Risks”, Moody's berkata struktur ekonomi Malaysia yang kepelbagaian dan berdaya saing menyokong trend pertumbuhan yang stabil, teguh dan berdaya tahan terhadap tekanan luar. "Pertumbuhan ekonominya (Malaysia) yang berdaya tahan, pasaran modal domestik yang luas, kedudukan aset antarabangsa yang besar dan hasil eksport yang tinggi mengurangkan pendedahan negara kepada kejutan yang tidak dijangka," kata agensi penarafan tersebut. Sebelum ini Dana Kewangan Antarabangsa (IMF) berkata sektor kewangan Malaysia kukuh dan menjangka pertumbuhan KDNK 2018 sehingga 5.5%. # TerimakasihPM #TolakPakatanPRU14 #KekalBN
0 notes
mallaccra · 7 years
Photo
Tumblr media
03 September 2017 | Akademi MyWIN - Bangunkan Wanita Melalui Inovasi Pembangunan wanita dalam bidang keusahawanan dan kepimpinan adalah perkara yang tidak pernah dipandang ringan oleh kerajaan demi memastikan kaum wanita juga mendapat tempat dalam bidang yang mereka minati. Akademi MyWIN telah ditubuhkan bagi memperkasa wanita dalam kepimpinan dan keusahawanan. PM Najib Tun Razak mahu Akademi MyWIN melahirkan lebih ramai usahawan wanita yang mempunyai kemahiran canggih bidang perniagaan berorientasikan keperluan masa depan dan perkembangan teknologi Antara program utama MyWIN adalah PEAK (Pencapaian, Pemerkasaan, Pemecutan, dan Pengetahuan) bertujuan membentuk pemimpin wanita yang akan menjadi tokoh disegani dalam bidang masing-masing sekaligus merubah tahap pemikiran kaum wanita kepada ruang-ruang baharu untuk berjaya. #NegarakuSehatiSejiwa #TerimakasihPM #BNKekal
0 notes
cybitmedia · 6 years
Photo
Tumblr media
Najib Digelar ‘Bapa Perjalanan Udara Tambang Rendah’ PM Najib Razak diberikan gelaran ‘Bapa Perjalanan Udara Tambang Rendah’ oleh AirAsia kerana sumbangan dan sokongan berterusannya terhadap syarikat penerbangan kos rendah itu. Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan AirAsia, Tan Sri Tony Fernandez berkata pada Jun 2007 ketika Najib menjadi Timbalan Perdana Menteri, beliau bersetuju menurunkan Caj Perkhidmatan Penumpang (PSC) di LCCT dari RM35 kepada RM25. Langkah yang disifatkan berani itu akhirnya melonjakkan trafik penumpang di LCCT dari 5.8 juta pada 2006 kepada 7.6 juta pada 2007. “Kami menjadi orang yang amat mempercayai dasar anda. Kami tidak akan berada di mana kami hari ini jika tidak disebabkan kebijaksanaan dan wawasan anda dan kami mengharapkan pertimbangan baik anda mengenai cara terbaik untuk membentuk persekitaran kos ideal untuk syarikat penerbangan kos rendah seperti AirAsia, bukan sahaja untuk berkembang tetapi berkembang maju demi kebaikan negara,” kata Tony. AirAsia memulakan perniagaan pada 2001 dengan dua pesawat Boeing 737 sebagai syarikat penerbangan domestik dengan jumlah 200 kakitangan. Kini ia mempunyai lebih 230 pesawat Airbus A320 dan A330 dengan menjadi penerbangan tambang rendah terbaik dunia. Ia mempunyai 20,000 kakitangan seluruh dunia termasuk 8,400 daripadanya berpusat di Malaysia. #TerimaKasihPM #BarisanProRakyat Penafian : https://goo.gl/m2H63G
0 notes
cybitmedia · 6 years
Photo
Tumblr media
13 Januari 2018 | PM Najib Ucap Selamat Hari Ponggal Kepada Masyarakat India Pendekatan Kerajaan yang inklusif dan mengutamakan kerjasama bersama masyarakat telah membolehkan lebih setengah juta masyarakat India mendapat manfaat secara langsung melalui program dan projek-projek Kerajaan sejak tahun 2009, kata PM Najib Razak. “Kesinambungan ini akan diteruskan untuk memastikan masa depan masyarakat India di Malaysia sentiasa terjamin,” kata PM Najib dalam perutusan sambutan Ponggal 2018. Beliau juga menyeru rakyat Malaysia agar berusaha bersama-sama mengeratkan perpaduan dan persefahaman di kalangan kita dengan harapan bahawa sambutan ini membawa satu permulaan yang baru bagi Malaysia yang lebih maju dan berjaya. #RespectmyPM #TerimakasihPM Penafian : https://goo.gl/m2H63G
0 notes
cybitmedia · 6 years
Photo
Tumblr media
Aku Janji Kerajaan Persekutuan - Memperkasakan Penyertaan Wanita Kerajaan sentiasa meningkatkan penyertaan kaum wanita dalam pelbagai sektor ekonomi. Menerusi program Pemerkasaan Penyertaan Wanita kerajaan mewujudkan Inkubator Kemahiran (i-KIT) dan Keusahawanan Wanita (I-Keunita) yang memberi latihan dalam aspek kemahiran dan keusahawanan. Sehingga kini seramai 9,979 wanita telah menerima latihan dan 1,582 peserta berjaya meningkatkan 50% pendapatan mereka. Menerusi Program MamaCare, wanita warga emas dan ibu tunggal terutamanya daripada kumpulan Low Income Household (LIH) diberi latihan Perkhidmatan Penjagaan Holistik Ibu Selepas Bersalin secara tradisional dan moden. Dalam tempoh Januari 2013 hingga Mei 2017, pendapatan keseluruhan menerusi program itu berjumlah RM13.9 juta. #1MalaysiaNegaraku #NajibRazak #TerimakasihPM Penafian : https://goo.gl/m2H63G
0 notes
cybitmedia · 6 years
Video
Transformasi ekonomi di bawah pimpinan PM Najib #TerimakasihPM #Barisanprorakyat
0 notes
cybitmedia · 6 years
Photo
Tumblr media
13 Disember 2017 | Lepas IMF, Moody’s Pula Puji Malaysia Semakin kuat Pakatan cuba memperlekeh kejayaan PM Najib Razak, semakin banyak testimoni yang menyokong usaha kerajaan menstabilkan ekonomi Malaysia. Terbaharu, Moody's Investors Service (Moody's) dalam laporannya berkata negara akan dapat mengekalkan trend pertumbuhan jangka panjang ekonomi berpotensi untuk terus teguh sekitar 5% - lebih kukuh berbanding negara lain yang diberi penarafan “A”. Dalam laporan “Government of Malaysia: FAQ On Credit Resilience to High Leverage and External Vulnerability Risks”, Moody's berkata struktur ekonomi Malaysia yang kepelbagaian dan berdaya saing menyokong trend pertumbuhan yang stabil, teguh dan berdaya tahan terhadap tekanan luar. "Pertumbuhan ekonominya (Malaysia) yang berdaya tahan, pasaran modal domestik yang luas, kedudukan aset antarabangsa yang besar dan hasil eksport yang tinggi mengurangkan pendedahan negara kepada kejutan yang tidak dijangka," kata agensi penarafan tersebut. Sebelum ini Dana Kewangan Antarabangsa (IMF) berkata sektor kewangan Malaysia kukuh dan menjangka pertumbuhan KDNK 2018 sehingga 5.5%. #TerimakasihPM #TolakPakatanPRU14 #KekalBN Penafian : https://goo.gl/m2H63G
0 notes
cybitmedia · 7 years
Photo
Tumblr media
04 Disember 2017 | Produktiviti Buruh Meningkat 4.2% Malaysia merekodkan peningkatan produktiviti buruh sebanyak 4.2% bagi suku ketiga tahun ini disumbangkan oleh empat sektor utama iaitu pertanian, pembuatan, pembinaan dan perkhidmatan. Sektor pertanian menyumbang 5.2%, pembuatan 5.1%, pembinaan 4.8% dan perkhidmatan 3.7%. Pencapaian tersebut lebih tinggi daripada sasaran purata pertumbuhan tahunan sebanyak 3.7% yang ditetapkan di bawah Rancangan Malaysia Ke-11 (RMK11). “Kita percaya pencapaian berkenaan dapat dikekalkan untuk menghasilkan kadar pertumbuhan ekonomi yang mapan serta bersifat inklusif dan memberi manfaat kepada rakyat,” kata PM Najib Razak ketika mengulas pencapaian itu. #1MalaysiaNegaraku #NajibRazak #TerimakasihPM Penafian : https://goo.gl/m2H63G
0 notes
cybitmedia · 7 years
Photo
Tumblr media
29 November 2017 | Perbelanjaan Kerajaan Dioptimumkan Melalui NBOS Strategi Lautan Biru Kebangsaan (NBOS) merupakan satu strategi pengurusan yang kreatif dan inovatif. Ia mula dilaksanakan oleh Kerajaan pada tahun 2009 bertujuan meningkatkan kecekapan sistem penyampaian Kerajaan. Melalui NBOS, terdapat beberapa perbelanjaan kerajaan yang berjaya dioptimumkan seperti pembinaan Pusat Transformasi Bandar (UTC) dan Program Kerjasama Pasukan Polis – Tentera. Pembinaan UTC berjaya menjimatkan kos pembangunan kerana konsep pembinaan yang mengubah suai bangunan sedia ada. Program Kerjasama Pasukan Polis – Tentera pula turut menjimatkan kos kerana fasiliti pasukan yang digunakan bersama semasa latihan. UTC telah memberi perkhidmatan kepada 54 juta orang. Ini membuktikan NBOS merupakan pemangkin kepada Transformasi Nasional 2050 (TN50), yang mana usaha kita untuk menjadi antara 20 negara terbaik dunia harus direalisasikan. Kreativiti dan inovasi adalah budaya yang harus ditanamkan di semua peringkat masyarakat dalam menuju aspirasi tersebut. #BarisanProRakyat #TerimakasihPM #KekalBN Penafian : https://goo.gl/m2H63G
0 notes
cybitmedia · 7 years
Video
27 November 2017 | Pertemuan Terharu Dengan PM Najib Razali dari Klang, Selangor tidak dapat menahan sebak kerana terlalu gembira dapat berjumpa dan bersalam dengan PM Najib Razak. Dia sanggup memandu dari Klang membawa bersama anak-anaknya ke Melaka untuk berjumpa pemimpin negara. Ternyata kepimpinan Najib yang mengutamakan kepentingan rakyat meletakkan dirinya dekat di hati rakyat. #RespectMyPM #TerimakasihPM #JanjiPMpastiditepati Penafian : https://goo.gl/m2H63G
0 notes
cybitmedia · 7 years
Photo
Tumblr media
14 November 2017 | Trump Puji Najib PM Najib Razak sekali lagi diiktiraf sebagai negarawan apabila presiden Amerika Syarikat Donald Trump memujinya atas kecemerlangannya. Najib dipuji berikutan tugas cemerlang beliau ketika melaksanakan peranan Malaysia sebagai penyelaras negara dalam Dialog Hubungan Asean-Amerika. “Saya juga ingin mengucapkan terima kasih kepada PM Najib kerana tugas cemerlang yang tuan laksanakan sebagai penyelaras. Saya amat menghargainya…saya sangat hargai, tuan menyelaraskan begitu baik dengan kami,” katanya. Ini adalah satu lagi pengiktirafan kepada Najib dan juga menempelak fitnah Pakatan mengatakan Najib akan ditangkap jika ke Amerika Syarikat. Ketika lawatannya ke Amerika baru-baru ini, Najib mendapat layanan yang cukup istimewa dan baik daripada Trump. #RespectmyPM #TerimakasihPM #KekalBN Penafian : https://goo.gl/m2H63G
0 notes
cybitmedia · 7 years
Photo
Tumblr media
09 November 2017 | KL Antara Popular Di Dunia Kuala Lumpur (KL) disenaraikan antara 10 bandar raya paling popular di dunia berdasarkan laporan Euromonitor International 2017. Laporan Top 100 City Destinations itu meletakkan KL berada di tangga ke-10 selepas menerima kunjungan 12.3 juta pelawat. Penyenaraian itu meletakkan KL setaraf bandar raya utama lain seperti London, Paris dan New York. KL juga berjaya mengalahkan bandar besar lain seperti Tokyo, Istanbul, Seoul, Miami dan Barcelona. Pengiktirafan ini satu lagi kejayaan pentadbiran PM Najib Razak yang mahu menjadikan Malaysia antara 20 negara utama dunia menerusi TN50. #1MalaysiaNegaraku #NajibRazak #TerimakasihPM
0 notes
cybitmedia · 7 years
Photo
Tumblr media
08 November 2017 | Persepsi Negatif Mesti Ditangani Alhi UMNO tidak boleh bersikap malu untuk menceritakan kejayaan PM Najib Razak kerana ia penting untuk menangani persepsi negatif yang dicipta Pakatan. Ketua Penerangan UMNO Annuar Musa berkata sebaliknya jentera parti perlu bersikap proaktif dan agresif. Jika cerita pencapaian Najib tidak dibawa oleh jentera parti, UMNO akan tenggelam dalam perang persepsi dan gambaran palsu. Pencapaian Najib dalam keadaan ekonomi dunia yang sangat mencabar telah sampai kepada satu tahap yang boleh dibanggakan. "Saya mahu seluruh jentera penerangan proaktif dan agresif, tidak hanya mengambil sikap defensif tetapi perlu mengetengahkan segala cerita kejayaan. Ahli UMNO tidak seharusnya berasa rendah diri kerana kerajaan Malaysia antara kerajaan yang berjaya di rantau ini," kata Annuar. #BarisanProRakyat #TerimakasihPM
0 notes
cybitmedia · 7 years
Photo
Tumblr media
07 November 2017 | Bajet 2018 : Peruntukan KPT Meningkat Belanjawan bagi Kementerian pendidikan Tinggi terus meningkat melalui Bajet 2018 yang diumumkan PM Najib Razak. Kementerian itu menerima peruntukan RM13.89 bilion berbanding RM12.28 bilion pada 2017. Daripada peruntukan itu, sebanyak RM2.4 billion diperuntukan kepada Universiti Teknologi Mara (UiTM) ke arah meningkatkan bilangan profesional bumiputera di tambah lagi dengan bantuan baucer buku sebanyak RM250 seorang kepada 1.2 juta penuntut IPT dan Tingkatan 6. Kerajaan turut memberi beberapa kelonggaran kepada peminjam Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) termasuk diskaun 20% bagi menyelesaikan penuh hutang serta 10% diskaun untuk bayaran sebanyak 50% hutang. Usaha dan inisiatif terbaik dari kerajaan melalui Bajet 2018 bertujuan memperkasakan lagi Institut Pengajian Tinggi Awam (IPTA) di Malaysia malah turut menambah peluang pendidikan tinggi kepada golongan muda. #1MalaysiaNegaraku #NajibRazak #TerimakasihPM
0 notes