Tumgik
popbebas · 4 years
Text
Petunia
Malam ini aku tenggelam dalam aksara, kadang kala kata-kata boleh jadi lebih mahal daripada ringgit. Dalam aku sibuk memekarkan yang lain, aku telah tumbuh dan mati pada yang lain. Itulah kehidupan. Yang berjalan dengan takdir yang sebaik-baiknya.
1 note · View note
popbebas · 4 years
Text
Untuk Al.
Tanpa sengaja pagi ini aku memeluk tubuh yang diliputi kenangan kita. Aku memejam mata, mengetahui semuanya telah pulih. Aku tersenyum mengenangkan hari ini yang kita bilang masa depan. Terlalu banyak cerita. Dalam diam, aku rasa haba hadirmu. Menghangatkan tubuhku. Membuat aku cuba bergerak dari kebekuan keadaan yang kian melemahkan. Tetapi pastinya, dia tidak akan pernah ke belakang tetapi sentiasa ke depan. Untuk cerita-cerita kita, aku susun semangat, tabah, kental menjadi dinding masa depan untuk apa pun yang mendatang. Kasihku padamu ibarat telaga tidak sudah. Semakin gelap ke bawah tetapi memang ada. Macam kau ada untukku, dalam hati kita berdua, sentiasa. Andai kata kita tidak berjumpa lagi dan terlalu lama masa yang diambil untuk bersua: ketahuilah kita dalam sanubari paling jauh. Sentiasa ingat, tak pernah lupa apa yang terjadi cuma kita perlu teruskan apa yang telah tertulis dan tertakdir. Rasa rindu ini tidak akan pernah habis, tidak akan pernah hilang walau bagaimana jiwa dan jasad ini terbang. Hanya Tuhan tahu betapa kasihku padaMu yang mana cinta kita membawa kita pada Dia.
0 notes
popbebas · 4 years
Text
Sukarela Masuk Dunia
Aku pernah ada impian, untuk ke luar negara bagi menyertai sebarang misi keamanan atau sukarela. Aku selalu suka untuk membantu membahagiakan mereka yang dalam kesusahan. Dilatih selama 6 tahun, dari 2014 hingga 2020. Aku faham kenapa Tuhan mendugaku dan membentuk hidupku menjadi rumit dalam usaha menjadikan hatiku kental. 
Abah, ada sebab kenapa Abah ajar aku untuk jadi wanita independent. Menjadi wanita kuat dan tidak lemah. Mungkin ada tugas menanti aku nanti, demi memanfaatkan diri untuk bangsa.
Orang selalu cakap, di belakang kejayaan seseorang lelaki ada wanita yang kuat mendampinginya. Boleh jadi, aku wanita yang kuat itu. 
Masa depan, takdir, harapan, bismillah.
0 notes
popbebas · 4 years
Text
Pungguk dan bulan.
Jam 1 pagi, aku pergi untuk menutup barisan jendela-jendela apartmentku. Barangkali ini malam terakhirku di sini, detik hatiku. Ada cahaya separa bulan hadir dan serpihan cahaya guruh berkumandang. Salah satu hal yang menyenangkan di Tanjung Malim adalah jendela tidak berpagarnya. Membuatkan kita dapat menikmati bulan dan bintang setiap malam. Jendela yang kosong cuma berkaca cermin membuatkan apabila aku baring, aku melihat pemandangan indah di suatu tempat yang kosong. Sukar untuk aku rasa dan jumpa pemandangan ini. Akulah si Pungguk, yang sentiasa rindukan sang bulan. Kalau malam ini terakhir atau mungkin lama lagi aku tidak akan bersua, aku harap di tempat lain aku dapat melihatnya jua.
0 notes
popbebas · 4 years
Text
Malam tiba bersama angin rindu dia
Perintah Kawalan Pergerakan dilanjutkan lagi. Sudah hampir sebulan semua ini menjadi sejarah. Siang tadi, aku mendapat mesej daripada pena.syarahku. Menanyakan apa yang aku menungkan? Kerana aku masih belum menghantar naskah tesis. Pertanyaa itu aku tanyakan semula pada diriku, seperti biasa tiada jawapannya. Lalu, aku menyoroti kehidupanku. Apa yang membuat aku tidak sebagus zaman ijazahku? Dan, aku rasa aku temui jawapan. Walaupun sudah menuju dua tahun namun, sememangnya aku terpikul akan kehilangan arwah Al. Aku berubah. Tidak sebagus aku yang dahulu. Malam ini, aku hanya berpeluk dengan tubuhnya. Sunyi tanpa keluarga dan sesiapapun di sisi. Dalam duniaku sendiri. Lalu, aku memilih untuk mendamaikan malam ini dengan lagu-lagu kami. Lagu yang mengingatkan padanya. Bukan supaya dapat memanggil kesedihan tetapi untuk waktu-waktu aku yang sendiri ini, aku ingin merasa arwah dekat denganku. Inilah yang kita panggil rindu. Tidak dapat diteka kedatangannya. Malam ini aku akan melarutkan cinta kita dalam rindu yang panjang ini, Al. Semoga engkau tidak lupa menulis sajak untukku di tempat yang indah, di sana. Semoga tenang, setenangnya; kasihku.
0 notes
popbebas · 4 years
Text
Mari mengabadikan petang ini
Jam menunjukkan 6.50 petang dan aku baru selesai mengemas biliku sambil tadinya,  ditemani suara podcast figura kegemaranku, Dian Sastrowardoyo. Sekarang aku memilih lagu-lagu Kundasai untuk menemani petang ini sambil sambil membaca website/tulisan kegemaran. Aku duduk di tepi tingkap dan angin memasuki bilikku, bermain-main di sini sebelum maghrib datang menjemput. Seperti aku katakan di entri sebelum ini, tidak lama lagi Tanjung Malim akan sekali lagi menjadi kenangan manis. Maka, sini. Aku mahu nikmati petang sederhana tetapi damai ini. Angin yang menembus wajahku, telinga yang mendengar kicauan burung, serasa gelora tenang datang menjengah sebelum gelap malam datang bertemu. Kulihat ke jendela, di atas sana ada awan cantik, menjadi padang permainan sang burung, rumput-rumput bercahaya mengeluarkan kebasahan warna hijaunya dek kerana disirami rintik hujan. Suatu hari, aku memang akan rindu semua ini dan aku berharap, di mana aku akan pergi selepas ini, di mana takdir membawa aku; aku harap aku dapat bersatu dengan rasa seperti ini lagi. Untuk 26 tahun ini, aku bersyukur padaMu. Untuk tenang dalam uji debar hidupku.
0 notes
popbebas · 4 years
Text
Untuk hal yang akan disimpan, ke depan akan okay.
Sudah hampir tiga minggu rakyat Malaysia harus menghadapi kuarantin supaya dapat memutuskan rantaian penyebaran wabak dan aku di sini, Tanjung Malim. Tidak bersama keluargaku. Tempat yang dulu aku pernah takut kerana terasa asing, bukan membesar di sini dan bukan juga tanah tumpahku. Tetapi, hal sebegitu tidak bersifat tetap. Ia berubah mengikut masa dan jalannya. Untuk aku pergi lagi ke tempat lain, sudah cukup membuat aku rasa gelisah. Apa aku boleh membiasakan diri di tempat atau fasa baru? Aku ada masalah untuk membiasakan sesuatu yang baru. Kadang kala apabila aku berada di Ipoh atau mana sahaja yang boleh memberi aku gundah, aku selalu memikirkan aku mahu pulang lekas ke kamar kecilku di Tanjung Malim. Walau tiada apa di sini tetapi aku rasa selamat dan tenang. Ada sesuatu tentangnya yang memeluk aku untuk terus rasa damai di sini. Masa aku sudah hampir sampai. Nanti, aku akan tinggalkan sini. Mungkin empat minggu kuarantin ini merupakan kenangan akhir aku bersama Tanjung Malim? Mungkin selepas ini aku tidak dapat menikmatinya lagi? Mungkin ada takdir lain yang menanti aku di luar sana? Setenang mana pun aku di sini, aku harus pergi kerana ada urusan-urusan baharu yang harus aku mulakan. Bila semua ini sudah berakhir, jangan kau rindu tanah ini Khaleda. Tanah ini sudah cukup memberi kamu semangat untuk membangunkan dirimu. Seperti mana orang-orang mahu melihat kamu bahagia, begitu juga tanah ini. Terbanglah membawa semangat kamu yang kamu bina kemudian jatuh dan kamu bina lagi. Tanjung Malim akan sentiasa menjadi rumahmu. Kamu tahu kan, sejauh mana sesuatu itu pergi sebenarnya ia tidak akan pernah pergi. Ada, dalam hati. Pejam mata dan rasai. Lalu, dengan rasa indah yang telah dicipta, letakkan dalam kenangan indahmu dan menjadi sebab untuk kamu menjalani hidup tanpa rasa takut malah dengan penuh jiwa dan rasa cinta yang membara.
0 notes
popbebas · 4 years
Text
Hari kurungan tiga belas
Hari ketiga belas kuarantin,
Dunia semakin parah, kes kematian semakin bertambah, hati turut gelisah, ini hal tidak mungkin kita terima pada tahun duapuluhduapuluh. Apa aku dah buat sepanjang dua minggu lepas? nothing, literally nothing. Aku harap aku dapat selesaikan apa yang patut diselesaikan tetapi itulah, bila dekat rumah ni kuasa malas tu dia jadi lain macam. Tengok filem, makan, tidur dan ulang. Aku harap dua minggu ke depan ada sesuatu harus dibanggakan.
Mengaji, tesis, work out, ok Khaleda?
0 notes
popbebas · 4 years
Text
Use your time alone in isolation to purify yourself and refine your faith. It’s a good time to clean up the heart from diseases that have bogged you down and prevented you from moving forward. Learn to appreciate one another so you can support one another in good & bad times.
292 notes · View notes
popbebas · 4 years
Text
Jangan Putus Harap
Selamat petang,
Kita selalu nasihatkan diri sendiri untuk kekal tenang dah teruskan hidup dengan baik tetapi untuk menjalankan kalimah itu, pasti ada ujiannya lalu membuatkan kita faham susah untuk kekal tenang dan teruskan hidup dengan baik. Bagi sesetengah orang, mungkin dia hanya akan menjalaninya sahaja kerana baginya mudah tetapi aku juga percaya, ramai bertarung dengannya dalam diam. Rasa yang mencekik, kesunyian yang membisik membuatkan kita mengerang sakit dia atas katil.
Allah sebaik-baik pemberi tenang, Dialah yang membekalkan kekuatan, kewarasan dan kesejahteraan. Menjadi manusia kita sering alpa untuk kekal tenang di jalanNya dan teruskan hidup dengan baik di jalanNya. Itu yang aku katakan, boleh jadi kita tersilap langkah dalam menghidupkan prinsip itu sebagai kita manusia biasa. Hidup yang turun dan naik ini tidak selamanya menakutkan.
Hey Khaleda, cuba bersangka baik dengan masa depan. Okay? Jangan terlalu takut. Hilangkan resahmu. Tuhan ada, disisi.
0 notes
popbebas · 4 years
Text
Redah
Setiap kali aku menulis di sini setiap kali itulah aku seringkali merasakan gagal. Gagal yang dipandu oleh diri sendiri. Aku selalu harap aku dapat jadi sebaik-baik manusia. Aku selalu nak menulis sesuatu yang menginspirasikan tetapi diriku sendiri terasa tidak pulih. Kadang-kadang aku nak semua ini berakhir tetapi aku takut untuk melaluinya.
Beritahu aku bagaimana caranya kau buat ini semua? Aku sendiri tidak tahu kuat atau tidak tetapi redah sahajalah.
0 notes
popbebas · 4 years
Text
Hari ketiga duduk di rumah
Mendengar High Hopes sambil menaip tulisan ini membuat aku mengimpikan harapan tinggi untuk esok dan hari mendatang apatah lagi untuk saat-saat terdekat ke depan. Dua belah hari melekat di rumah kerana bumi sedang sakit diserang virus gila, si corona. Semalam, ketika hari kedua kuarantin aku diserang penyakit yang amat terasa sakitnya. Aku dibawa menaiki ambulans untuk ke hospital terdekat bagi mendapatkan rawatan. I was lost. Ketika rasa berkurang, aku duduk di suatu sudut. Jauh daripada manusia-manusia lain. Aku membeli sebotol air mineral dan pau kacang merah. Sambil aku makan kerana yang teramat lapar pasca muntah, tanpa disedari aku menitikkan air mata.
Terasa sakit, terasa keseorang, terasa rindu dan terlalu banyak emosi berkumpul di dadaku. Memuntahkannya secara fizikal tetapi entah tidak secara batin atau tidak.
0 notes
popbebas · 4 years
Text
Cerita (lagi) tentang Indonesia dan Romantik Tuhan padaku.
Ada rasa rindu datang terhadap Indonesia. Entah apa kota itu, membuat jiwaku rasa dekat sekali. Kalau punya ringgit, sudah bercuti aku ke sana. Harapnya tahun ini dapat menjadi kiraan kali ketiga aku ke tanah itu, setelah yang terakhir beberapa tahun lepas. Memasuki kawasan-kawasan indah sana, merasai kopi-teh enak di sana, membaca buku-buku tulisan orang sana dan arghhh banyak lagi. 
Ketika di pejabat tadi, kami menerima kunjungan delegasi pensyarah-pensyarah Indonesia yang ingin berprogram bersama universitiku. Mendengar suara-suara Jawa mereka menyedapkan halwa telinga sekaligus terubat rindu yang tadinya asyik teringat akan Indonesia. Usai perjumpaan, seorang pensyarah dari Semarang menghadiahkan tuan rumah pejabatku sebuah buku puisi tanda salam kenal perjumpaan. Menariknya, buku puisi tersebut diterbitkan untuk diedar sebagai “door gift’ di hari perkahwinan anak pensyarah itu pada Disember lepas. Semua puisi yang ditulisnya (kebanyakan dituju kepada anak beliau) tertera di helaian buku itu. Walhal pensyarah itu merupakan sarjanawan dari bidang Kimia. Mendengar sahaja hadiah yang diterima bos, membuat aku meninggikan leher dan mata terbeliak ingin tahu.
Bos tergesa-gesa mahu menghantar mereka pulang. Lalu, terus bos meletakkan buku tersebut di meja kerja aku. Aku fikir, persinggahan sementara buku itu di meja aku merupakan kiriman dari Tuhan untuk aku. Agar aku membaca puisi-puisi didalamnya untuk mendamai sebarang rasa yang bergolak dalam jiwa. Romantik sungguh Tuhan padaku, kan?. Sempat juga aku membaca separuh puisi di dalamnya.
Keberadaan buku itu di meja aku secara tiba-tiba bukan tidak sengaja. Memang sengaja dihantar padaku dengan cara paling tidak rasmi. Buku yang lahir dari kota Semarang ke kota Tanjung Malim, tanpa pesanan tahu-tahu sahaja depan mata. Caramu memang selalu berjalan misteri, Tuhan.
Di akhir tulisan ini, aku yakin Tuhan simpan hadiah paling indah buat aku nanti. Bila tiba masanya. Tanpa aku dapat teka bila. Si dia juga akan muncul depan mata, seperti buku itu.
0 notes
popbebas · 4 years
Text
Entri bebas tentang aku
Entah mengapa malam ini meluap-luap rasa sepiku. Pagi hari ini aku tersenyum girang kerana aku mendapat mimpi yang mengindahkan, tentang sesuatu yang tiada boleh direalitikan. Menjelma dalam mimpi sahaja sudah cukup bikin aku berkembang membunga. Orang-orang selalu bertanya soalan itu dan ini padaku, bagaimana aku ingin menjawabnya? Sedang aku sendiri bertanya itu dan ini pada diri sendiri. Yang aku tahu, aku mahu segera melengkapkan apa yang perlu. Aku ingin ke arah sesuatu selepas itu. Membebaskan diri dan mindan daripada beban yang aku cipta sendiri. Cuba teriak selepas semua selesai, cuba mengagumi diri setelah langsai, cuba ke depan dan tidak ke belakang lagi. Seringkali aku suarakan rasa takut dan pengharapanku terhadap Tuhan. Semalam, aku membuka helaian kitab suci. Terbit kata yang menginginkan kita sebagai hamba untuk terus berjuang secara ikhlas dan bertawakal. Aku ingin pulang, dengan selamat, ke sisi Tuhan kembali. Merasa bahagia di sana kerana dunia bukan tempat aku. Dunia bukan tempat aku, bukan sama sekali.
0 notes
popbebas · 4 years
Text
Ada apa dengan takut
Terkadang aku merasa mahu menulis seluruh isi hati tetapi terkadang itu juga tiada kata yang dapat aku turunkan. Aku sentiasa ketakutan namun aku sentiasa berharap, harap penuh pada Tuhanku. Untuk perjalanan seribu panjang ini, aku minta dikeluarkan daripada kusut yang membiak dalam diri. Aku harap doa dalam tulisan melegakan, aku ada inspirasi berganda-ganda melimpah padaku untuk terus menulis, menguasai diri dan melengkapkan apa yang perlu sudah.
Takut?
Persetankan!
0 notes
popbebas · 4 years
Text
Menjadi Yang Segelintir
Bersyukurlah termasuk golongan yang sedikit, mereka yang masih menyempatkan waktu untuk tarawih berjamaah. Ketika sebagian yang lain lebih memilih bersenda gurau di jalan. Lalu lalang menghabiskan waktu sepanjang malam.
Beruntunglah masih menjadi golongan yang tinggal segelintir, mereka yang mulutnya masih berbasah-basah tadarus. Mentartil Qur'an berjam-jam. Berlembar-lembar. Berjuz-juz. Dari halaman ke halaman hingga khatam. Ketika sebagian yang lain lebih memilih meracau. Berceloteh. Wara-wari, menghabiskan berjam-jam di dunia maya maupun nyata.
Bergembiralah masih menjadi si penyendiri, mereka yang bangun di sepertiga malam, bertahajud. Sujud menyenandungkan doa-doa harapan. Sujud-sujud panjang memohon keridhoan. Bersyukur atas napas yang membawa kehidupan. Berkeluh kesah ke sumber kebahagiaan. Sumber penyelamat kehidupan. Ketika sebagian yang lain masih dimanjakan tidur lelapnya. Terbuai mimpi-mimpi semu, bunga tidur yang menghalusinasi angan.
Teruslah berjalan jejak menuju panggilan azan shubuh. Berbaris, bershaf-shaf bermakmum dengan imam. Ketika sebagian yang lain lebih memilih mendengkur kembali, menarik selimut mencari kehangatan pagi. Terlalu takluk oleh kantuknya mata.
Jangan berhenti untuk menyempatkan waktu mengisi Dhuha. Melengkapi kebutuhan. Dalam hajat-hajat yang sedang diperjuangkan. Ketika sebagian sudah mulai sibuk dengan rutinitas monotonnya. Mengejar-ngejar materi dunia.
Bersyukurlah, beruntunglah, bergembiralah, terus lah berjalan, jangan berhenti. Karena boleh jadi ketika makhluk penghuni bumi sudah semakin sibuk, bahkan benar-benar rumit oleh keduniaan. Yang segelintir inilah, yang sebagian kecil itu yang doa-doanya masih dipeluk, hatinya selalu sejuk. Diberi kelapangan untuk menerima yang sudah dan belum diberikan. Atau setidaknya, bekal tabungan untuk perjalanan yang sesungguhnya nanti sedikit banyak sudah berada di genggaman. Insya Allah.
***
“Setelah aku wafat,setelah lama aku tinggalkan, umat Islam akan lemah. Di atas kelemahan itu orang kafir akan menindas mereka bagai orang yang menghadapi piring dan mengajak orang lain makan bersama.”
Maka para sahabat r.a. bertanya,
”Apakah ketika itu umat Islam telah lemah dan musuh sangat kuat?” Sabda Baginda SAW: “Bahkan masa itu mereka lebih ramai tetapi tidak berguna, tidak bererti dan tidak menakutkan musuh. Mereka adalah ibarat buih di laut.”
Sahabat bertanya lagi,
“Mengapa seramai itu tetapi seperti buih di laut?” Jawab Rasulullah SAW, “Kerana dua penyakit, iaitu mereka ditimpa penyakit al-Wahn.“
Sahabat bertanya lagi,
“Apakah itu al-Wahn?” Rasulullah SAW bersabda, “Cintakan dunia dan takut akan kematian.”
@quotezie
151 notes · View notes
popbebas · 4 years
Text
T e r a s i n g
Kesunyian malam ini yang mencengkam-cengkam jiwaku. Satu kesalahan sahaja boleh mengungatkan kerapuhan aku. Memasuki pertengah 20an, menghabiskan sisa pembelajaran aku, keseorangan dalam realiti, kadang kala boleh jadi memenatkan. Melihat teman-teman, seorang demi seorang keluar daripada liga kesepian dan mereka temui bahagia; beruntung sekali. Sementara aku all alone, mencari-cari semuanya lagi. Aku tidak tahu kuat atau tidak, jiwa ini seperti padang pasir yang mula kering dan dahagakan air. Aku mula terasa asing dalam kelompok rakan-rakanku pabila takdir hidup aku tidak searah seperti mereka. Bagai aku yang terikut jalan lain yang sangat berbeza dan tidak sekutu sama mereka. Pabila semua telah mendahului aku dan mula meninggalkan aku di ruang bawah kipas bergerak. Pabila aku menyemak nombor telefon rakan-rakan yang bisa dihubungi untuk meluah rasa, hampir semua sudah ku rasa tidak ada. Aku rindu Al, dia yang sentiasa ada untuk aku walaupun jam berapa dan random macam mana pun tika mencarinya. Dia selalu ada. Bila semuanya meninggalkanku, ada lompong yang besar di jiwaku yang membuatkan air mataku terkumpul di situ dan dalam seminggu, dua tiga hari ia pasti akan keluar dari mata ini.
0 notes