Tumgik
ms-awesome · 4 years
Text
Tumblr media
last 2 years plus...aku decide utk tinggalkan kulim and kerja di kl. A day before aku tinggalkan rumah malam tu aku menangis menggila. Aku tahu ❤️ quite excited sbb kitorang akan duduk dekat boleh selalu jumpa. Tapi waktu tu aku berbelah bahagi dan aku confuse..betul ke keputusan yg aku buat ni. Ada pros and cons..Sbb ni comfort zone aku, aku kat sini means aku kena sacrifice ❤️ sbb duduk jauh lepas tu parents aku pula tak suka dia buat lagi susah nak jumpa and everything jadi lagi susahh. Bila aku keluar rumah aku kena hadap hidup dekat bandar seorang diri, kena kuat hadap segala perangai manusia, dan stress. Introverts tak suka crowd, tak suka rushing, tak suka kelam kabut.
Tumblr media
after 2 years plus setahun 2 kali je wey aku boleh balik rumah. its either balik banyak kali tp cuti pendek2 atau balik 2 kali tapi cuti panjang. Choose wisely...sbb cuti setahun 12 hari je pun..dan benda ni buat aku sedih..Sekali sekala balik sumpahh tak sempat catch-up segala benda, rindunyaaaaaa tu tak sempat nak ubati dah kena balik subang. Keadaan, suasana, even orangnya pun berbeza..antara kampung dgn bandar memang berbeza. Dan tbh aku tak sesuai nak hidup kat bandar. Aku struggle utk lalui hari2 aku, aku kerja semata nak gaji, tak enjoy kerja langsung. Ayah dah 62 tahun, mama dah 59 tahun.. dan aku mcm tak sempat nak all out give the best for them. DAN SETIAP KALI TERINGAT RUMAH mesti aku menangis. Sbb aku rasa sgt struggle and stress life aku kat subang/klang. I rasa mcm i don’t belong here. Aku nak balik...
but then bila fikirkan apa yg aku kena buat, so aku bertahan lah. Aku hilang motivasi pun kena push diri balik utk stay on track. Busy kan diri dengan kerja, OT setiap hari supaya aku nak melayakan perasaan yg mcm dah give up. Aku OT pun apa yg nak dikejarkan sgt duit tu pun aku tak tahu. Aku just fikir aku nak penatkan diri then balik aku terus tidur. Tu je..repeat setiap hari. Weekend extra sikit boleh rehat, motivate sikit diri tu, make peace dgn diri sendiri, then isnin mulakan kehidupan balik.
Even aku balik klang, even aku rapat dgn family dia..tapi percayalah seteruk mana family kau pun, at the end of the day kau tetap akan pilih utk pulang ke pangkuan dorang. Aku tak cakap family aku teruk, just at certain time aku tak boleh masuk dengan family dia. Kitorg totally berbeza, kadang2 aku admit aku give up, dan aku tak boleh adapt dgn cara/style family dia. That’s why akhirnya aku pilih sekarang utk tak balik klang setiap minggu..
kalau lah family aku boleh terima dia, mesti semua ni lagi senang buat aku. Aku nak kerja kat kulim, aku nak stay sini...sini tenang. Sini tak busy, sini orang nya tak stress..Tapi mcm mustahil jugak kalau aku kawen dia nak ke bg aku duduk dgn family aku sbb dia nak aku jaga family dia..ntah laaaa. Semua ni kekadang buat aku fikir lagiiiiii panjanggggggg sampai aku langsung tak nampak jalan.
4 notes · View notes
ms-awesome · 4 years
Text
2020
30.01.20
Orang cakap January is just a free trial for 2020 and I guess it is true. So, semalam dah start buat jadual utk simple cardio exercise for February. Starts 6 mins before morning shower, then balik pun ada simple exercise.
I’m not going to start hard, just simple one yg aku rasa aku boleh commit. Untuk permulaan start untuk 14 hari challenge. Macam squats, push-ups..ok lah 15x setiap hari…boleh kann? Kita cuba utk 14 hari, sbb badan tu dah keras kejung.. if berjaya untuk 14 days challenge baru akan buat jadual yg baru pula.
Wish me luck!! tengah semangat ni, sbb dah tak tahan tgk diri sendiri kat cermin. huduhh
0 notes
ms-awesome · 4 years
Photo
makin tua, kita lebih bertolak ansur, lebih cuba memahami, kita lebih menghargai apa kita ada. Kita lebih mengalah..sebab kita dah mula faham apa itu kehidupan. I just wanna live my life...sbb tu aku makin kurang tgk media social (kecuali twitter) sbb makin aku melihat kisah cerita kehidupan orang lain, makin kurang pula aku bersyukur dgn apa yg aku ada.
Tumblr media
mesti lah rasa jealous dgn orang dpt duduk kat overseas lah, melancong sana sini, rumah besar, kereta mewah...semua tu kekadang buat aku lupa utk rasa bersyukur. Perempuan mana tak suka kemewahan. or ada ke orang yg tak nak hidup senang kannn(?)
Tapi tu lah aku masih nak compare life aku dgn orng lain. Hidup tak semuanya indah. Dan orang pun takkan nak share benda tak indah dlm hidup dia kat social media kan? kan? kan?
Aku lupa yg aku ada family yg sentiasa ada bila aku memerlukan, family yg sentiasa sambut kepulangan aku dgn kegembiraan, family yg lindung aku provide aku selama aku hidup. Even family aku agak serius, agak reserved, tapi meraka yg terbaik dlm hidup. Yg aku takkan jumpa penggantinya.
Aku lupa yg aku ada BF yg terbaik dlm dunia ni. BF yg sentiasa manjakan aku, mengalah dgn kehendak aku, selalu mencuba utk bg yg terbaik utk aku. Aku lupa BF yg banyak berubah utk aku, dari merokok dah tak merokok, dari cepat marah, now boleh bersabar. Bf yg clingy!! hahaha BF yg tak pernah langsung tunjuk ego nya, I am glad dia utk aku.
2020 aku harap aku boleh settle down. Aku nak life yg tenang, harmoni dan sejahtera. Tak mewah tak apa, tapi harmoni ada. Rumah tak besar tak apa, asalkan penuh dgn kasih sayang antara keluarga. Tak berkereta mewah tak apa, asalkan kita ada kenderaan especially time emergency. Tak apa lah kalau tak boleh round the world, travel tgk negara orang (even ini ada impian aku) asalkan aku ada yg tersayang dgn aku, spend time sama-2..cukup lah.
Media social ni agak bg kesan negative utk aku, sbb aku tend to compare hidup orang lain dgn aku. Dah lah mostly yg aku follow semuanyaaaaaaaaa hebat hebat...
Tumblr media
454 notes · View notes
ms-awesome · 4 years
Photo
24.12.19
Tak tahu lah kenapa hari ni malasnyaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa nak kerja. Makin lama makin menyampah pula dengan cina kat sini. Cepat la tahun depan, cepat lah semua company buka vacancy. Memang tekad habis ni nak resign, nak cari kerja lain. Tak kisah lah company besar kecik, aslkan bukan kilang dah, pastu tak nak kerja weekend. Gaji lebih kurang dgn yang sekarang pun takpa punya.
Yang tak best pasal cina ni, dorang tahu nak ambil kesempatan, dari sekecik hal sampai sebesar hal. Cth: tak nak attend meeting tak nak belajar kerja orang lain, sbb apa? sbb kalau dorang tahu banya benda nnt dorang kena buat. So lebih bgus tak payah tahu, kang tak kena lah cover kerja orang lain. Boleh lagi alas an bodoh “you tolong buat ok, sbb I tak tahu” bila aku dengar je alasan tu, terus rasa nak maki depan muka dia. KAU NI KANNNNNN..dah lah exec, gaji dah nak 3k tapi bab kerja apa pun tak taw.
Lagipun aku rasa dah sampai limit bersabar dah ni dibuli. Cukup lah weyh 2 tahun, it’s time for new adventure. Aku nak lompat company je sekarang ni. kbyeee
Tumblr media
101K notes · View notes
ms-awesome · 4 years
Text
18.12.19
After months tak OT, semalam saja lah OT buat filing sampai pukul 7, penat betul rasanya haa. padahal dulu setiap hari OT pukul 7, pukul 8 masih OK je. Dan paling best pukul 10 je zapppp terus tidur tak ingat dunia punya. Pagi bangun ok lah, tak sleepy sangat.
Punyalah tak tahu nak buat apa sekarang ni, so better kerja jela sampai malam, balik rumah pun bukan buat apa, ye dak?My annoying bf the only friend jugak lah yg aku ada. l o s e r Then kelam…. how I wish he’s still here with me….temankan kte, bau dia tuuuuuuu sedap sungguh! even tak pernah mandi. Til now aku tak lupa lg bau dia…which makes me tak boleh nak terima kucing lain.
Now tgh diet jugak, try intermitten fasting sbb nak kurus. Aku tak boleh terima betul dah exceed 60kg, paling berat tu 54kg tawwwww. Punya lah lama tak timbang, tetiba dah jd 62kg mcm tu. NOW baru 60kg weyhh. Nak naik kemain senang, nak turun kemainnnn susah. Patut lah rasa semua baju jeans sendat sikit…erghhhhh!
Nak kurus,baru lah tangkap gambar OOTD, baru lah boleh pakai skirt panjang. ehekkkk. Palinggggg penting barulah semua baju pun muat! ntah-2 bikini pun dah tak muat apa. haha dah la bikini bukan stretchable kennnnnnnn..ohhh raya mesti tak boleh pakai langsung baju yg ada cutting..ohmaiii.. aku kena wajib kurus ni. cannot be cannot be… tak beranak lg pun dah gemok. cannot cannottttttt!
Tumblr media
😫😫
275 notes · View notes
ms-awesome · 4 years
Text
Tumblr media
Masih mengantuk disebabkan weekend yg packed. Even tak drive terasa penatnya. Maybe sebab after kerja terus berjalan kot eh eh. Ni mengantuk je sakit kepala, sakit kepala je sbb tak cukup tidur. Or tak cukup rehat. Makin tua ni segalanya cepat terasa; penat lah, mengantuk lah, sakit badan lah hehh
Bila dah mengantuk ni bukan boleh focus, kang kerja pun jadi merapu, dah lah kerja kte ni require 100% focus, if not haaaa… silap sikit, whole production akan salah, lepas tu apa lg, all the best lah nak hadap. Work environment kat sini tak best, tak semua orang boleh dijadikan kawan sbb semua pun nak jaga bontot masing-masing. Even satu department pun takda teamwork yg best. Paling basic kerja kte, tak semua orang nak cover kerja kte if kte cuti; sebab apa? sbb kerja kte ni high risk, salah sikittttt je, bg impak yg sangat teruk. Plus kelam kabut sikit kalau duk position kte ni. Contoh lah salah key in/issue satu huruf or satu number yg tak betul, the whole production flow akan jd salah. Even sepatutnya kerja kte ni di cross checked bila dpt ke next level, but still yg disalahkan hanya kte sorang. Tak adil kan???
That’s why lah kalau time busy mmg penat gila. Penat tgk PC, rasanya power spect pun dah naik ni. It took some time utk kte faham betul kerja ni, sbb customer banyakkkkk, part number pun beribu, each customer pun perangai lain-lain. Cth customer ni cerewet bab delivery date, customer ni cerewet part number, macam macammmmmmm. Sampai ada one time kte termissed out email, Purchase Order customer Schneider Brazil kte tak issue, and nobody cross checked even Marketing Department, sbb Marketing dept yg sembang dgn customer dan sepatutnya dia yg follow up barang customer and dia punya progress, tp sbb Marketing ni pun budak baru, dia tak follow up barang cust dia dan dia tak update pun cust dia. As a result, 3 months after baru perasan tu pun sebab cust tanya update. That’s the time when I am all f*****up. Jadi isu besar sbb order tu about 60k USD dan cust tu the biggest cust lah yg dijaga sbb order selalu besar. Kte bernasib baik sbb cust tak bising je, if not……..kalau dia bising, probably dia akan suruh hantar barang tp delivery cost company kte tanggung, tu mmg masalah besar lah kang. Dan quite serious sbb isu ni sampai ke top management, dan kte kena masuk meeting together dgn Marketing Dept. semua dlm department kena masuk meeting hokayy…TAPI meeting sekadar meeting, gaduh sapa salah, sapa patut dipersalahkan…kte mmg take full responsibility atas salah tu, even tak sepatutnya 100% kat bahu kte, KESUDAHANNYA takda langsung suggestion ke idea kea pa utk avoid benda ni terjadi lagi. hampehhhh ermmmmm nasib takda warning letter tapi kes ni masuk dlm file HR lah, if benda sama berulang, or tiada progression, then……..RIP
The problem is kerja kte ni on spot buat. Dapat hari ni setel hari ni, dapat time ni, setelkan time ni jugak. Which is purchase order & delivery order. Kte bukan dapat 10 email sehari ye, plus kekadang email takda kaitan dgn kte pun orang CC kte pun kena baca jugak. Bila difikirkan balik kte missed out email tu sbb that time kte tgh baca email, email basically dah open tp tetiba kena issue delivery order, maybe kte terlupaaaaaa dah that time pasal email tu. ermmmm tbh, mmg tak sengaja, tp yela, benda dah jd, kte pun ambil je salah tu. hehhhhh so faham lah kan kenapa orang tak nak/avoid utk cover kerja kte bila kte cuti. TAPI kte cuti, kte cuti jela, sapa nak cover ikut suka, tpnak tak nak dorang kena cover jugak, sbb kerja kte kan on spot buat. eheeeeee…
Tumblr media
0 notes
ms-awesome · 5 years
Text
Tumblr media
Kelam,
Not sure how long you can hold on, tapi bila tengok dia...somehow it breaks my heart, whenever he refuse to eat, sumpah susah hati terus. Goshhh! tuhan jela yg faham apa aku rasa. Kesian sangat setiap hari kena telan ubat, kena cucuk jarum, after few weeks kena jumpa vet, checkup. I can feel he kinda stress and upset.
Deep inside my heart, I think if better dia pergi, then pergilah. I just wanna him be happy. I did my best, even tak best mana, i tried...tapi failed lah untuk be with him everyday. Thank you kelam, temankan mommy selalu, tunggu mommy balik kerja dengan setia, always chose me instead others. I can feel you are not happy and sakit....i know you hold on for me...
i know i’m gonna cry a lot when you left me, but if it is the best for you, i will let you go.
It breaks my heart bila dia refuse to be with me, refuse to sleep in my bed, refuse me to touch him. Sumpah sedih...but still, bila nak tidur, aku pergi dekat dia, wish goodnight and kiss kepala dia... ermmmmm nak pergi kerja pun mcm tu, aku still buat apa yg selalu aku buat even dia reject aku. gosh!
0 notes
ms-awesome · 5 years
Text
Tumblr media
feels so good! Rinduuuuunya kat rumah Tuhan je taw, almost a year tak balik haa. Selalu cakap “rindunya rumah” “rindunya life mcm dulu” 😂 baru sekarang dapat balik. N yes i took unpaid leaves sbb ambil extra dari balance cuti. Lantak lah haaa..sbb terlaluuuuuuu penat dah.
09.04.19 nanti cukup lah a year at company ni, maybe akan cari better opportunity pula. Kerja dgn cina should be ok as long as bukan dorang bukan majority, ni bila nak majority, melampau sangat. Kat meeting pun cakap cina baik korang sembang korang, tak payah lah suruh aku masuk meeting assfghjkl.
Aku boleh survive pun sbb aku tak terlalu rapat dgn sesiapa, tak terlalu membawang dgn sesiapa, tak terlalu bersosial dgn sesiapa. Sbb kalau lebih je confirm kena pijak kepala. Kalau kerja kau yg itu, buat je yg itu, tak payah bagus sgt nak ambil tahu kerja orang, sbb kalau tahu kerja orang, later on orang tu akan minta kau buat kerja dia pula. UNLESS kau dah tahu nak berhenti, kau belajar jela semua benda. Pedulikan evluation dari team leader, at the end of the day yg bagi gaji cina, dan kau melayu, dia tetap takkan bagi bonus mcm yg team leader kau bg. Plus team leader kau pun india. Got it? the point is buat apa yg patut dibuat sahaja. Pergi kerja, buat kerja, balik. Nak duit lebih buat OT, takda kerja nak buat? buat jela filing asalkan OT 😂
as much i love this place (kulim), aku perlu merantau utk earn better income, experience and all. Opportunity kat sini tak banyak mcm tu jugak market. Plus! orang utara ni aku rasa tak best bila jadi kawan sekerja. Idk why kah
takpa lah. Always keep positive. InshaAllah, everything gonna be ok, so far i can get through all the 💩
1 note · View note
ms-awesome · 5 years
Text
Tumblr media
Hari ni ambil cuti memang semata bawa kelam ke vet. Sbb risau sangat selagi dia tak jumpa vet, selagi rasa tak senang hati. Sebelum pukul 10 dah terpacak dkt Klinik Kucing Desa! Kitorang first patient jumpa vet, bgtahu vet masalah kelam then syak batu karang, aku pun syak batu karang. Tapi pelik, sbb pundi kencing tak bengkak so vet tak boleh decide, dan dia bagi suggestion ke Pusat Klinik Kucing Port Klang utk buat ultrasound test since pundi kencing kelam tak boleh detect. Vet takut pundi kencing dia dah pecah.
Before gerak call lah dulu tempat tu, MALANGNYA vet nya cuti emergency selama 2 hari!! so tak boleh nak buat ultrasound test. Aku ingat nak balik then datang lg next week, tapi fikir balik, kesian kelam dah sakit almost 1 week. Selama tu dia kurang makan dan tak berak, tgk suggestion lain, terus ke Yap Animal Clinic n Surgery, dekat pula tu, dah ada “surgery” confirm klinik ni complete punya. Aku sebolehnya nak jugak setelkan kelam before balik Kulim, so terus waze Klinik tu....
Vet tu explain lah batu karang mcm mana simpton nya apa panjanggggg lebarrrrrrr. Bagus gila vet ni explain A-Z then dia suggest buat test lebih dlm which ambil darah. Ujian pun dpt dalam masa 15mins, ujian tu kita tgk semua lah. Health conditions kelam so kita tahu mana yg tak kena, sbb vet tu kata ni bukan batu karang.
After 15mins, result keluar. Vet panggil masuk balik, dia dah mengeluh panjang...Dalam hati mmg haishhh tahu lah ni bukan good news, terus explain slip test tu, Kidney & liver. Luckily hati dia masih ok, toxin tak serang hati lagi tapi malangkan kidney dah rosak. Terus remuk hati that time, tengok Kelam terus sebak, naaahhhh kena kuat, tak boleh nangis depan vet depan Ulya, so focus jeeeee dengar vet explain, tak pandang kelam dah time ni, sbb tahu kucing dpt rasa apa kita rasa, i must be positive, kelam kena kuat. Aku decide utk terus ambil rawatan premium, terus warded, RM1k pun ambil je, janji dia sihat. And that time serba salah, i mean bersalah sbb lambat detect perubahan kelam. Vet explain lah gusi dia pucat, gigi cepat luruh, berat semakin menurun, selera makan hilang, tu semua pasal FIV 😭
Luckily FIV sahaja dan takda leukaemia, sbb FIV akan datang dgn leukaemia DAN LEUKAEMIA ADALAH PEMBUNUH sebenar. It means Kelam boleh lg survive. Vet kata if rawatan yg betul up to 3-5 years. So aku tak hilang harapan, masih boleh selamatkan Kelam. Vet kata ini bukan salah kita yg menjaga, FIV ni maybe dia dpt since dia baby, before kita ambil dia lg, just makin lama baru lah boleh detect. Mesti vet tu tgh baca fikiran aku yg tgh rasa bersalah sangat dgn kelam.
Sedih sangattttttt Kelam terpaksa warded few days, tidur tak berteman dia rasa sunyi. Takda bau masam dia rasa tak best, tak dengar suara dia rasa sedih gilaaaa. I cried a lot! Sumpah sedih. Belai Kutip makin teringat Kelam. Dulu dia je tggu aku depan pintu bila nak balik rumah, now aku pula yg tggu dia, bila lah nak discharge dari klinik tu. Yg ada rantai dia je, kucingnya tak ada pun.
0 notes
ms-awesome · 5 years
Photo
To matter how many times I ranting about LDR, the main point is just same. It is easy. 6 months you gonna wait for him, but only 3 months untuk ada utk kau in return. Tu punnnn tak solid 3 months, because kerja and family. 6 bulan (mcm membuang masa) menunggu. I don’t know about others, tapi within 6 months mesti ada breakdown, mesti ada time penatttttttnya rasa, mesti ada time I need somebody but I only want you.
Tumblr media
6K notes · View notes
ms-awesome · 5 years
Text
2019
i really wish for something special this year. 2019 gonna be my year!
Tumblr media
harapannya lah. Til now nothing pun yg berubah. 😂 Dilemma gilaaaa ni nak cari kerja baru, bila tahu bertapa racist nya company ni, lg buat malas nak kerja. Kita buat elok mana pun tak mahunya di-appreciate taw. So, buat biasa-2 je dah lah. Tunggu cukup setahun kerja then baru decide lagi. Tak nak dah subang, tak best pun.
Now ni pun tak tahu apa yg best dlm life. aiyooooooo pathetic nya rasa life I ni. 😢
Tumblr media
1 note · View note
ms-awesome · 5 years
Text
EXPECTATIONS
i expected too much time dia sign-off dari kapal. First, mmg rasa lega gilaaaa lah sbb dah tak tahan dgn pressure surroundings. Macam sekarang ni lah, takda life, kerja balik makan tidur and repeat. Takda kawan takda social life langsung. Paling-2 pun bersembang dgn kelam. Habis pathetic lah.
Tumblr media
tapi aku pun terlupa yg dia pun baru sign-off dan dia pun expect utk berehat time cuti. Padahal both of us penat dan empty space tu perlu diisi balik. I mean both pun nak rasa dimanjakan, disayangi and all balik.
Tak tahu apa yg kitorng kejarkan or busy kan, sbb aku rasa kejap jugak ye 3 bulan lebih ni. Rasa macam tak sempat buat apa-2. Dan kitorang tak sempat pun gi bercuti. You know proper bercuti berdua. Yg aritu jela g melaka, perak. Melaka tu mmg dah macam WAJIB pergi je. haha
Tumblr media
then we miss small little things. Maybeeeee sbb makin tua, love is still there, cuma dah level yg sama. Moderate. Paling obvious kitorang takda masa nak dating, dating pun takda idea. Takda dah masa untuk dibuang, sbb masa utk dibuang tu semua isi dgn masa utk family dia. Makin tua makin suram.
Tumblr media
1 note · View note
ms-awesome · 5 years
Text
Tak pasti lah ni overly attached ke memang dah betul tak boleh berpisah. RIndu lain macam betul. Kekadang dia ada rasa sakit hati, kalau takda macam tak lengkap pula hidup adoyyyy..
Tumblr media
Ada sikit rasa tak best lah sbb tak sempat nak spend time hujung-2 tu, tak sempat nak say proper goodbye, semua tak sempat lah. Takpa lah, harap awak selamat je.
Back to “single” life, penatnyaaaaaaaaa..bosannyaaaaaaaa..sunyinyaaaaaaa lahai. Pulun kerja jela sekarang, balik rumah pun bosan, so kita kerja lah. Weekend pun bosan, bilik dah takda apa hiburan melain seekor kelam, tu pun kerjanya tidur.
I miss you baby, take care. BELIKAN SAYA BANYAKKKK BANYAKKK HADIAH. Memandangkan birthday kte awak takda, please belikan hadiah yg EXTRA SPECIAL DARI OVERSEA. macehhhhh.
owhhhh i have another post. tetiba teringat nak tulis pasal “EXPECTATION”
0 notes
ms-awesome · 5 years
Text
2018
tahun yg banyak jugak cabaran. Finally ada kerja, ada income and out of comfort zone. Yg pasti 2018 tahun yg memenatkan.
Benda yg memenatkan itu pula tak semuanya best. Bila tak best lagi lah buat penat. 😂 And also turned me to be someone yg agak passive. Someone yg cepat fed up, dan bila fed up rasa nak marah. Palinggggg senang nak rasa annoyed. Palinggggg cepat nak marah. Palinggggg cepat nak reject semua benda. Tak suka something, terus jd “ok fine, lepas ni aku malas nak ambil tahu” or aku just menjauhkan diri dari benda tu. Someone yg lagi kuat memendam dan jadi dendam or paling senang jadi benci. I hate this part of me.
Maybe sebab banyak benda baru, banyak bertukar rutin, yg macam dulu aku tak perlu buat, now aku kena buat. Or aku tak suka nak buat tapi terpaksa buat. Or just go with the flow. Semua benda ni buat aku penat.
2018 banyak menguji kesabaran yg buat rasa nak give up. Rasa macam nak blah, tinggalkan semua benda. I want new beginning. This place doesn’t feel like home. So aku tukar angin. Tapi sbb terikat dgn kerja, so at least aku kena jugak cukupkan setahun supaya resume nnt cantik.
2018 buat aku rasa life ni tak adil, aku je kena adapt dgn semua benda, semua benda tu tak nak pula adapt dgn cara aku 😂
Til now rasa malas sangattttttt nak bercakap nak argue nak bg pendapat nak bersosial, semua benda tu aku malas nak buat. As an introvert person aku selesa life yg sederhana, aku tak suka sangat dengan kemeriahan, aku tak suka kesesakan, aku tak suka nak bercakap dgn ramai orang 😌
2018 bg aku rasa macam mana rasanya lifenya orang kahwin. Memenatkan! sbb ni bukan family aku, even dah dianggap macam family, but trust me, somewhere dlm diri tu tetap akan rasa ini orang luar, ini bukan family. at some point aku rasa give up. Aku tak boleh nak adapt dgn cara, or gaya family ni. I don’t know how to explain.
Owhhhh bila banyak benda kita buat sendiri or pendam sendiri, lama-2 benda tu akan hilang..hilang bukan maksudnya lupa, dia jadi malas lah nak difikirkan, elok aku jaga hati, jaga perasaan sendiri sbb aku tak nak down, kang down semua benda kelaut.
Terima kasih 2018. I had enough, it’s time to move on.
1 note · View note
ms-awesome · 5 years
Photo
Tumblr media
He passed away at the age of 76.
38K notes · View notes
ms-awesome · 5 years
Photo
Tumblr media Tumblr media Tumblr media Tumblr media Tumblr media Tumblr media Tumblr media Tumblr media Tumblr media Tumblr media
Juice Cure.
Online look for the best feiyue shoes on: http://www.icnbuys.com/feiyue-shoes
2K notes · View notes
ms-awesome · 6 years
Text
Tumblr media
sebab apa aku nak beli kereta?
the main reason sbb senang aku nak balik kulim bila masa yg aku nak.
reason lain, punto terlalu tua dah...aku tak rasa dia boleh bertahan lama. Even aku sayanggg gilaaaaaaa kat punto tu, nak bagi orang lain drive pun aku fikir 2-3 kali. Dan aku takkan bagi kalau orang nak pinjam lelama. Owhhh dia pernah pinjam dulu bawa balik tanjong karang, sbb dia terkecuali. Orang lain? jgn harap.
aku nak ada kereta sendiri atas nama aku sendiri dan aku tak nak bergantung harap pada orang lain. Cth tumpang nad bila nak balik kulim, sbb apa nak naik kereta sedangkan ets ada? sbb naik kereta aku boleh angkut semua benda aku nak. Cth aku tetiba nak balik utk berhujung mggu, aku boleh je angkut laundry bag sekali. Boleh je basuh baju n kerja rumah takkan bertangguh bila aku plan yg tetiba.
Aku tak perlu pun kereta baru. Tbh aku mulanya target proton satria je, tapi sbb proton masalah power window. kang aku nak bayar tol pun susah, nak parking autopay pun susah so aku kena target kereta lain. Axia? terlaluuuuuuu ringan, aku drive rasa melayang lah pula, myvi? ermmmm ermmmm ermmmmmmmmmmmm....
susah nak dapat kereta size punto jugak. Rio ni pun rasa mcm panjang..entahhh lah. Now tgh kumpul duit. Doakan aku dimurahkan rezeki. So berapa utk rio 2nd hand?
4 notes · View notes