Tumgik
gemaeskatologi · 3 months
Text
Dah nak masuk bulan puasa. Langsung tak bersedia tapi kita cuba saja.
0 notes
gemaeskatologi · 8 months
Text
I don't know what to write anymore. Wait. It's more like I don't want to. I have all konds of ideas to write. But I don't have the energy to do it.
0 notes
gemaeskatologi · 9 months
Text
;(
0 notes
gemaeskatologi · 9 months
Text
Tumblr media
Rahsia roti yang sedap adalah pengawetan yang baik. Sebab tu bagel sedap. Sebab tu roti sourdough sedap. Sebab tu pasangan yang menua bersama, diawet baik, bahagia selamanya hingga kematian syurga. Salah satu kuncinta(kunci cinta); persekitaran sesuai mengembangi keseimbangan setiap rasa perasaan alam pernikahan dan perhubungan antara manusia kepada manusia, antara roh kepada roh.
0 notes
gemaeskatologi · 9 months
Text
Tumblr media
Bagel Biji Popi, Sambal Tempoyak Bilis Petai
0 notes
gemaeskatologi · 9 months
Text
Time Traveler's Wife
Tumblr media
Aku pembaca yang mencari bacaan baru di tiga tempat utama: 1) Ask random people what they currently read based on what they look like at the time; 2) Judul/penulis yang disebut dalam buku/filem/siri; 3) Kedai karat/ Pustaka, to which aku selalu dengar buku berbisikan memanggil aku lalu perlahan aku mengikut arah datang suara, berkenalan dan jika ada pertindihan identiti baru beli/pinjam.
Untuk Time Traveler's Wife, aku berkenalan dengan bukunya lebih dahulu. Baca tak habis kemudian baru jumpa filemnya sebab baru muncul minat kepada Rachel McAdams masa tu. Filemnya meh saja tapi buat aku nak baca buku tu balik. Baca pun sebab nak isi loophole filem.
Bila dapat tahu HBO keluarkan siri baru TTW, aku teruja. Mostly kerana si wildling chantek Rose Leslie jadi Clare. Takdela harap siri ni sedap sangat, namun apa aku terima jauh dari sangkaan. Siri dia sedap. Buat aku nak baca semula novel dengan lebih tumpuan tapi tak jumpa masa dan mood sesuai. Hingga minggu ini.
Tumblr media
Cerita TTW mengisahkan sebuah penantian. Bukannya cerita tentang sang isteri yang menunggu atau sang suami yang mampu kembara masa. Apa kita buat di dalam momen "ke" antara detik-ke-detik lebih diterjemah siri dan buku mengenai apa kita alami ketika menunggu—baik buruknya menanti? Atau baik buruknya menjauh—jika atas jalan kebenaran; jodoh tak pernah lupa mendatangi kita. Siap dengan kelubung dan selimut empuk ajak kita bersenggama.
It is also about how we human perceive and taking care of our time, as a shackle that would bind us or a transportation system that would lift us. Hidup manusia, tak macam batang balak yang dijaga rapi, jangkahayatnya boleh cecah beribu tahun macam Pokok Ginkgo berusia 1400 tahun di Gunung Zhongnan China. Kata kunci di sini: Dijaga rapi. Clare dapat Henry sebab jangkahayat penantiannya dijaga rapi. Hingga hujung nyawa suami.
Is it about loyalty as well? Maybe. Tapi itu permukaannya saja. Lebih jika kita selam makna kesetiaan ia juga memerlukan kita memandu atas landasan masa kerana setia, tidak diuji masa, setia cuma sepotong aiskrim yang cair tak dikehendak lidah dan ia pun tak berkehendak pada gigitan.
Tumblr media
Best tak best TTW? Terpulang. Ini pandangan aku. Tapi jika ada orang Malaysia tulis skrip teater dan terbit, aku antara yang nak baca dan tonton. This is the last review of you, Audrey Neffeneger. Lepas ni takda lagi dah. Thank you for Time Traveler's Wife. It'll always be one of the masterpiece I respect in English Lit.
0 notes
gemaeskatologi · 9 months
Text
Antara Benar Dengan Palsu
Dalam 100 jika 99 orang berkata palsu yang sama dan seorang sahaja berkata benar yang berbeza; kepalsuan akan kelihatan seperti kebenaran kerana tarikan keperluan pergaulan dan penerimaan sosio-masyarakat.
Namun dengan masa, tanpa dicari dan dijemput, kebenaran akan datang wujudkan diri dalam bentuk paling indah lantas hapuskan kepalsuan dikit demi dikit kerana kebenaran itu sifatnya kekal-wujud, sedang kepalsuan itu tidak - hanya menyerupai kebenaran - hakikatnya bersifat sementara-tiada.
Bahkan di penghujung masa, kepalsuan pula yang akan bantu kebenaran berkembang biak akibat kepalsuan sedar yang dirinya tidak boleh wujud tanpa keberadaan kebenaran manakala kebenaran pula mampu wujud tanpa keberadaan kepalsuan.
Pemegang kepalsuan akan sentiasa menyalin kepalsuan menyembunyi kebenaran asli - berebut untuk memegang takhta palsu yang rapuh; sedang pemegang kebenaran akan sentiasa berbahagia dengan milikannya kerana sedar dan tahu, yang benar itu mampan hingga sampai garis ketiadaan masa.
0 notes
gemaeskatologi · 9 months
Text
Gemuruh Kersaniku (Bangkit)
youtube
Lirik puisi ditulis untuk kumpulan Nosterbuskers. Memenangi anugerah Ciptaan Puisi Terbaik dalam pertandingan Puisi dan Lagu di Festival Kebudayaan, Kesenian dan Warisan Politeknik Malaysia Kali Ke-7.
Di depan matamu pedang terhunus Marcapada berang memulus Kutusuk berani, gentarmu datang Musuh dicari, lembayung hilang
Gemuruh tapak jalanku Guruh bara degarmu Buang cabarmu jauh Juang cakar kusahut
Alir kersaniku badang Usah dicalang sebarang Eka kata amarku Cabar rentap kupusu
Jatuh, makin tinggi kubangun Sayap ghaib, kutongkat paruh Kubangkit melawan musuh Kubangkit demi bangsaku
Kitab berjanggut lama disusun Singkap renggut penaku dusun Semangat itu berikrar luhur Keringat jitu bertebar Melur
Riak gelombang sungai sejarahku Bilah serampang rungkai amarahku Keringat jasa tokoh merimba Lincahku todak menggila
0 notes