Aku kehilangan abang yang selalu aku jadikan ikutan aku. Dia juga meminati Arsenal. Ramai yang cakap muka kami lebih kurang dengan Almarhum ayah kami. Perwatakannya pon lebih kurang. Disebabkan aku dan dia bertubuh agak besar berbanding adik beradik yang lain kami selalu berlawan siapa yang kurus lagi.
Sesungguhnya kematian itu pasti. Aku sentiasa berdoa agar aku tidak terleka sebelum nyawa ditarik balik.Jadikan kematian supaya kita menjadi orang yang beriman.
semalam kakak ipar telefon beri tahu kata anak dia bangun mencari ayah dia. Selalu sudah pulang kalau kemana². Hati aku tersentap dengan kata² itu. Mak dia bertanya lupa ka semalam kan tengok ayah dah meninggal dan dikebumikan. Mak dia bagitahu yang ayah dia kekurangan oksigen semasa bersukan. kemudian dia bertanya kalau semua orang dapat oksigen kenapa ayah tak dapat.
Sesungguhnya anak yang bijak dan jujur ini kurniaan yang tak ternilai. Aku hanya mampu mendengar dari jauh. Aku selalu ingat anak buah aku dalam doa aku.
Since ayah aku meninggal aku tak pernah lagi rasa kejutan yg lebih dahsyat dari semalam.
Abang yang kedua aku meninggal dunia secara mengejut. Dia seorang guru mengajar disebuah sekolah di Johor. Mak aku duduk dengan adik beradik bujang di Pulau pinang mendapat perkhabaran dari kakak ipar aku semalam tengah hari. Aku pada ketika tu dalam perjalanan ke masjid nk menunaikan solat Jumaat. Tiba-tiba mendapat panggilan dari abang aku yang ketiga yang jarang menghubungi aku. Aku merasakan ada yang tak kena. Lantas menjawab panggilan seusai dia menyebut abang yang kedua sudah tiada aku terkejut lalu menangis teresak² dalam masa yang sama aku tak percaya sepenuhnya. Aku mengambil keputusan menelefon mak aku lebih teruk kali ini aku menangis. Aku menangis dalam kereta mak aku berpesan agar tunaikan dulu solat Jumaat kemudian balik ke rumah untuk menuju ke Kajang setelah kakak ipar membuat keputusan untuk mengebumikan jenazah disana. Aku menangis memikirkan anak buah aku. Aku sangat sedih sebab abang aku ini bagi aku satu penanda aras untuk kehidupan sebagai seorang anak. Dengan meninggalnya dia, mak aku paling terkesan kehilangan dia.
Anak-anak almarhum amat rapat dengan aku. Aku sangat terkesan. Ketika menanti khutbah jumaat bercucuran air mata aku mengalir kerana mengenangkan Almarhum yang lama setelah PKP tempoh hari.
Banyak jasa dan pengorbanan untuk aku dan keluarga yang aku tahu atau tak dia sudah melaksanakannya.
Rindu aku sebagai tak lah boleh melawan rindu ibu kepada anak dia,
tak juga mampu menangdingi isteri yang telah berkorban separuh jiwa untuk sebuah keluarga mereka,
apatah lagi menangdingi anak-anak almarhum merindukan sentuhan ayah mereka,
Cuma aku pasti akan rindu suara,gelagatnya, segalanya tentang beliau.
Mat Payid aku rindu hang.semoga doa aku dan irsyad serta luth dan seluruhnya sentiasa dalam iringan mu..